Jauhkan Nyamuk Dengan 6 Jenis Tanaman Ini

Jelita kongsikan tanaman yang boleh digunakan untuk menghalau nyamuk tanpa menggunakan bahan kimia.

Gigitan nyamuk bukan sahaja akan membuatkan anda jengkel tetapi ia juga boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan anda. Nyamuk dianggap sebagai serangga yang boleh merbahaya di dunia kerana ia boleh menyebarkan penyakit yang berbahaya seperti malaria, demam kuning, Chikungunya, virus Wet Nile, demam denggi, filariasis dan juga viru zika. Nyamuk tertarik kepada manusia dan haiwan lain disebabkan oleh aroma karbon dioksida dan wangian lain yang menarik. Oleh itu, Jelita kongsikan tanaman yang boleh digunakan untuk menghalau nyamuk tanpa menggunakan bahan kimia.

Lavender

Haruman yang dihasilkan oleh lavender dianggap sebagai bahaya oleh nyamuk. Tambahan lagi, lavender juga mempunyai ciri anti kulat dan antiseptik. Anda boleh tanam tanaman ini di taman atau di dalam pasu yang diletakkan berhampiran dengan pintu dan tingkat rumah. Untuk perlindungan yang lebih baik, anda boleh gosokkan bunga tersebut pada kulit ana untuk mengeluarkan minyaknya.

Marigolds

Bunga marigold adalah antara tanaman yang mudah dibiakkan. Ia mengandungi thiophenes, sejenis sebaitan dengan sifat menghalau serangga. Bunga ini berkesan untuk menghalau nyamuk, aphids, thrips,whiteflies, kumbang, pepijat dan juga ulat tomato.

Rosmeri

Tumbuhan ini biasanya digunakan untuk menambahkan perisa pada masakan tetapi aroma seperti kayu tumbuhan ini juga berkesan dalam menghalau nyamuk, rama-rama kubis dan lalat. Anda boleh menggunakan rosmeri untuk menghalau nyamuk ketika melakukan aktiviti luar. Hanya letakkan beberapa daun rosmeri ke dalam api dan baun yang dihasilkan akan menghalaun nyamuk daripada menganggu.

Pudina (Peppermint)

Salah satu tumbuhan herba yang berguna untuk keperluan lain selain memasak. Kajian mendapati minyak peppermint (pudina) boleh menghalang virus malaria dan demam kuning untuk tempoh selama 60 hingga 180 minit.

Basil

Daun basil bukan hanya ramuan lazat yang anda gunakan dalam masakan tetapi ia juga penghalau nyamuk semula jadi yang berkesan. Oleh kerana bau pedas yang dihasilkan daripada daunnya, nyamuk lebih memilih untuk tidak mendekati tanaman ini. Malah, terdapat kajian menunjukkan ia berpotensi sebagai toksik kepada nyamuk.

Catnip

Tumbuhan ini mungkin digemari oleh kucing peliharaan anda namun ia tidak digemari oleh nyamuk. Kajian menunjukkan bahawa tumbuhan catnip ini lebih berkesan dalam menghalau nyamuk.

Gambar: Shutterstock