Jangkiti Saluran Pernafasan, Ini Fakta Mengenai Novel Coronavirus

Ini langkah untuk mencegahnya!

Berasal dari keluarga coronavirus yang lazimnya menjangkiti saluran pernafasan, Novel Coronavirus (2019-nCoV) mula merebak dari Wuhan, China. Ia merujuk kepada spesies baru virus dalam jenis coronavirus yang belum pernah ditemui oleh manusia. Virus ini boleh merebak sesama haiwan dan manusia.

Jangkitan virus ini adalah sama seperti jangkitan selesema yang lain dan komplikasi lebih teruk pada golongan yang mempunyai imuniti badan yang lemah. Virus ini juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit dari selesema hingga ke penyakit lebih terus seperti MERS- CoV dan SARS- CoV.

Virus yang merebak di China ini tidak sama dengan influenza di Malaysia namun cara pencegahannya adalah sama. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, setakat ini empat individu positif dijangkiti virus ini di Malaysia.

Antara simptom jangkitan virus ini adalah seperti berikut:

  • Tanda penyakit selesema
  • Demam
  • Kesukaran bernafas
  • Batuk

Jangan risau, langkah pencegahan ini dapat melindungi diri anda dan orang lain daripada Novel Coronavirus (2019-nCoV):

  • Selalu mengamalan tahan kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan seperti hand sanitizer.
  • Semasa dalam tempoh lawatan, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan.
  • Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang menghidap gejala ini.
  • Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan.
  • Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan memakan sebarang produk haiwan yang mentah atau tidak dimasak dengan sempurna.
  • Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit iaitu mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan tersebut. Begitu juga, maklumkan mengenai sejarah perjalanan berkenaan kepada doktor yang merawat.

Namun, adalah sebaiknya jika anda menangguhkan dahulu perjalanan ke kawasan yang terjejas akibat virus ini.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Sumber Gambar: Depositphotos