Jangkitan #Covid19 Ketika Hamil: Ini Yang Patut Ibu Hamil Lakukan

Pastikan anda patuhi saranan yang diberikan.

Kehamilan tidak meningkatkan risiko anda untuk mendapat jangkitan teruk.

Namun, adalah penting untuk mengambil langkah berjaga-jaga, terutama ketika trimester ke-3 (tujuh hingga sembilan bulan kehamilan).

Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibu hamil.

Gejala

Kebanyakan pesakit tidak menunjukkan gejala. Sebilangan kecil menunjukkan gejala ringan seperti demam atau batuk. Namun, dapatkan rawatan segera jika anda rasa sukar bernafas.

Jangkitan

Anda boleh dijangkiti Covid-19 jika berlaku kontak rapat dengan individu yang dijangkiti atau menyentuh permukaan yang tercemar dengan virus tersebut. Risiko jangkitan dari ibu kepada kandungan masih dikaji.

Penjarakan Sosial

Penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu hingga dua meter adalah disarankan. Elakkan kontak dengan pesakit Covid-19 atau individu yang mempunyai simptom.

Kekalkan Kebersihan Diri

Kerap cuci tangan menggunakan sabun dan air. Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut tanpa mencuci tangan.

Gunakan Penutup Mulut Dan Hidung

Gunakan penutup mulut dan hidung sekiranya anda tidak sihat. Tutup mulut apabila bersin atau batuk.

Pemeriksaan Ketika Hamil

Sentiasa penuhi tarikh temu janji anda. Namun, sekiranya anda tidak sihat atau mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19, anda perlu maklumkan kepada doktor anda sebelum hadir untuk temu janji.

 Jika Anda Berisiko

Maklumkan kepada doktor anda melalui telefon sekiranya mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19. Dapatkan rawatan segera sekiranya anda rasa sukar bernafas.

Kesan Terhadap Bayi Anda

Covid-19 tidak menyebabkan kecacatan pada bayi anda. Penjagaan kesihatan semasa dan selepas anda bersalin adalah berdasarkan Garis Panduan Covid-19 ketika hamil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber gambar: Depositphotos

 

Baca juga: #Covid19: Warga Emas Dan Pesakit Kronik Paling Berisiko