Jadilah Pengguna Yang Bijak, Berhemah Sepanjang Tempoh #PKP

Elak pembaziran, anda mampu mengubahnya!

Rata-rata daripada anda mungkin tidak sedar bahawa anda telah menggunakan tenaga elektrik secara berlebihan di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (#PKP).

Keadaan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan jumlah penggunaan elektrik di kediaman masing-masing sekali gus menjurus ke arah pembaziran.

Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa pemberian diskaun akan diberikan secara berperingkat kepada anda dalam tempoh enam bulan bermula 1 April. Ini sebahagian daripada pakej ransangan bagi mengurangkan beban semua.

Diskaun sehingga 50 peratus akan diberikan kepada anda dengan penggunaan elektrik hingga 200kWj (kilo Watt sejam) sebulan, 25 peratus bagi penggunaan elektrik antara 201 hingga 300kWj dan 15 peratus bagi penggunaan elektrik antara 301 hingga 600kWj. Penggunaan elektrik melebihi 600kWj pula mendapat diskaun dua peratus.

Jadi, untuk memastikan anda menjadi pengguna elektrik yang bijak dan berhemah sepanjang tempoh #PKP, Jelita nasihatkan supaya melakukan beberapa langkah di bawah.

  1. Pastikan pintu, tingkap dan lubang edaran udara tertutup rapi ketika menggunakan pendingin hawa supaya hawa sejuk tidak keluar dari bilik.
  2. Bersihkan penapis pendingin hawa bagi memaksimumkan penyejukan. Penapis yang kotor menghalang aliran udara dan mengurangkan kecekapan pendingin hawa.
  3. Elak mencuci pakaian dengan air panas.
  4. Apabila menggunakan mesin basuh, pastikan muatannya penuh.
  5. Kurangkan penggunaan pengering pakaian. Ambil kesempatan cuaca panas untuk mengeringkan pakaian secara semula jadi.
  6. Tanggalkan palam peralatan elektrik apabila tidak digunakan.
  7. Jangan biarkan peralatan elektrik terpasang di dalam bilik kosong.
  8. Kurangkan masa mandian jika menggunakan alat pemanas air.

 

SUMBER: Bernama

SUMBER GAMBAR: Freepik.com

 

Baca juga: #Covid19: Ini Apa Yang Berlaku Selepas Dua Minggu Perintah Kawalan Pergerakan