Cipta Kehidupan Lebih Selesa Dengan King Living, Jenama Perabot Paling Banyak Anugerah Di Australia

Tingkatkan kediaman dengan King Living.

Pemilihan perabot yang sesuai adalah ciri utama untuk kediaman yang lebih selesa. Di King Living, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis perabot yang bukan sahaja selesa tetapi berkualiti tinggi dan juga tahan lama.

Perniagaan milik keluarga yang telah ditubuhkan lebih daripada 40 tahun, King Living kini berada di barisan hadapan reka bentuk perabot Australia dan turut menjadi salah satu syarikat perabot yang meraih banyak anugerah di Australia. Setiap perabot telah direka, dirancang, dihasilkan (kilang sendiri), peruncitan dan proses selepas jualan semuanya diuruskan oleh pasukan King Living sendiri.

Selain daripada memberikan keselesaan, reka bentuk sofa dengan pelbagai fungsinya juga dapat membuatkan kediaman lebih teratur. Dibuat oleh tukang jahit profesional, menitikberatkan kualiti dan penyesuaian, anda boleh pilih konfigurasi, bahan, warna dan sebagainya untuk disesuaikan dengan gaya hidup dan ia hanya mengambil masa enam ke lapan minggu untuk menyiapkan sofa idaman anda. Ia juga direka dengan fleksibel mengikut keperluan ruang dan acara, sekali gus memudahkan anda mengubah suai susun atur sofa mengikut keselesaan.

Jasper II

Dengan kejayaan rangkaian sofa Jasper sebelum ini, King Living telah membuat beberapa perubahan dan penambahan baru yang menarik dan pasti akan membuatkan anda kagum. Alami kemewahan yang selesa dengan perabot King Living yang dilengkapi dengan kejuruteraan bingkai keluli hebat bersama jaminan selama 25 tahun.

Rekaan Jasper II menjamin masa yang hebat untuk semua dengan sistem modularnya, seni hidup yang lebih pintar, aksesori inovatif Smart Pocket, meja untuk mengecas secara automatik, timber media concole, tempat penyimpanan tersembunyi dan ia juga direka untuk disesuaikan dengan semua jenis rumah.

Ruang Storan Tersembunyi

Jika anda memiliki anak kecil, pasti sukar untuk memastikan rumah sentiasa dalam keadaan teratur. Lebih lagi apabila ada tetamu yang datang berkunjung tatkala musim perayaan. Pasti anda tidak punya masa untuk mengemas rumah.

Memperkenalkan Jasper II, rekaan ikonik yang kini dilengkapi dengan ruang storan tersembunyi. Ruang yang luas itu membolehkan anda menyimpan semua barangan di dalamnya. Mudah diangkat dengan satu tangan sahaja, anda boleh menyimpan barangan seperti kusyen, selimut bahkan barangan besar. Ia  adalah cara bijak untuk anda berehat dan memastikan rumah sentiasa teratur.

Timber Media Console

Mencari alat kawalan jauh di sebalik kusyen sofa boleh menyukarkan anda menikmati hiburan bersama keluarga. Jasper II kini dilengkapi timber media console untuk menyimpan alat kawalan jauh atau alatan elektronik yang lain. Ia memudahkan anda mencapai alat kawalan jauh tanpa perlu berganjak dari tempat duduk.

Selain itu, ia juga turut menyediakan ruang khas untuk menyimpan alat pembesar suara subwoofer, sekali gus mewujudkan pengalaman hiburan yang lebih interaktif daripada sebelum ini. Boleh didapati dalam dua saiz dan empat kemasan berbeza untuk disesuaikan dengan rekaan dalaman kediaman anda.

Smart Pockets

Rekaan Jasper II ini turut didatangkan dengan Smart Pockets atau poket pintar. Pilih daripada pelbagai aksesori Smart Pockets seperti lampu bacaan LED, meja bulat dan meja atau rak yang membolehkan anda mengecas telefon pintar dengan mudah. Dengan Smart Pockets ini, anda dapat menjimatkan lebih banyak ruang kediaman.

Meja atau raknya pula boleh digunakan untuk meletakkan barang atau mengecas telefon secara automatik. Apa yang perlu anda lakukan adalah meletakkan telefon pintar di atas meja tersebut dan ia akan mengecas secara automatik tanpa perlu menggunakan wayar. Mudah, bukan?

Fleksibel

Rekaan sofa Jasper II yang fleksibel ini dapat membantu anda mengubah suai sofa tersebut mengikut cita rasa. Selain itu, anda juga boleh mengubah ketinggian meja atau rak Jasper II mengikut keselesaan tanpa menjejaskan fungsi pengecas telefon pintar automatik tersebut.

Sleep +

Tidur yang nyenyak semalaman dapat memastikan tubuh bertenaga pada keesokan harinya. Oleh itu, pemilihan tilam amat penting untuk memastikan tidur anda selesa dan lena. Memperkenalkan rangkaian tilam Sleep+, yang bukan sekadar tilam biasa, ia adalah sebuah revolusi tentang bagaimana anda berfikir tentang tidur.

Tilam Sleep+ menawarkan keselesaan dan sokongan untuk tidur malam yang lebih baik serta meningkatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan anda. Tilam ini dilengkapi dengan zip yang membolehkan anda membuka dan mengakses setiap lapisan tilam yang mendedahkan anda kepada keselesaan yang boleh dilihat dan disentuh.

Kingflex Base

Lapisan tilam yang empuk membolehkan anda tidur dengan lebih lena. Hadir dalam tiga rangkaian berbeza iaitu Sleep+ 6000, Sleep+ 8000 dan Sleep+ 9008 yang dilengkapi dengan dual spring base untuk keselesaan berpanjangan.

Sleep+ Kingflex Base mempunyai rekaan Kingcell Pocket Coil Springs yang dibina secara berasingan dan dizonkan agar tiada sebarang gangguan ketika anda tidur. Ia dibalut dengan busa berkualiti yang membentuk tilam dasar yang dapat menyokong tubuh ketika tidur.

Kingflex Base ini juga boleh dibalikkan untuk tahap sokongan berbeza. Bahagian putih menawarkan keselesaan yang lebih lembut manakala bahagian kelabu pula menawarkan tahap sokongan yang lebih kukuh. Kingflex Base ini diletakkan dalam rangka katil uniflex dan dizip menggunakan penutup yang menggunakan fabrik sokongan udara. Ia juga memudahkan anda membuka dan membersihkan tilam tersebut.

Comfort Layers

Di lapisan atas Kingflex base pula terdapat Comfort Layers. Pilih antara empat jenis tilam yang selesa iaitu hybrid, lateks, busa memori dan premium. Comfort Layers memberikan arus udara yang maksimum dan membantu anda tidur dengan lebih nyaman.

Sama seperti Kingflex Base, Comfort Layers juga turut mempunyai dua tahap sokongan yang berbeza untuk anda pilih tahap keselesaan yang disukai. Bahagian putih menawarkan sokongan yang lebih lembut manakala bahagian kelabu pula menawarkan tahap sokongan yang lebih kukuh.

Fit Covers

Untuk lengkapkan lagi pengalaman tidur anda, Sleep+ turut menyediakan tiga Fit Covers:

  • CoolFit – Direka untuk mereka yang sentiasa rasa panas ketika tidur dan juga untuk musim panas kerana ia berupaya untuk menarik haba panas dari badan anda.
  • WarmFit – Selimut elektrik dalaman ini sesuai digunakan untuk hari yang lebih sejuk.
  • AirFit – Aliran udara di AirFit memastikan anda tidur dengan nyaman sepanjang tahun.

Layari laman sesawang King Living atau kunjungi pusat beli-belah IPC dan Bangsar untuk alami sendiri perbezaan King Living.

Artikel ini dibawakan secara eksklusif oleh King Living.