6 Idea Percikan Rona Merah Untuk Dekorasi Kediaman

Ceriakan kediaman dengan rona merah!

Jarang sekali warna merah digunakan untuk dekorasi rumah terutama sekali untuk hiasan dalaman. Ini kerana penggunaan warna terang ini boleh menjadikan ruangan lebih panas dan sempit. Tetapi itu tidak bermakna anda tidak boleh menggunakan warna ini untuk menghias kediaman.

Dengan teknik dan cara yang betul, anda boleh menambahkan warna merah dalam dekorasi kediaman untuk kelihatan lebih meriah. Jom cuba idea yang Jelita kongsikan ini.

Gunakan Perabot Merah

Berikan kesan ‘wow’ pada ruang kediaman dengan memilih perabot merah yang betul. Sebagai contoh, nuansa klasik ruang yang didominasi oleh warna putih dan warna sejuk yang lain. Letakkan dua kerusi atau sofa rona merah di tempat yang betul untuk jadikan ruangan itu lebih menarik. Jika anda inginkan konsep yang membawa nuansa klasik dan elegan, pastikan anda pilih kerusi daripada bahan yang berkualiti.

Dinding Rona Merah

Jika sebelum ini, dinding ruang yang ingin di dekorasi dibiarkan dengan warna asal, inilah masanya untuk anda cat semula dengan warna berani ini. Tetapi perlu diingatkan bahawa kesan warna ini sangat kuat jadi ia boleh mengganggu suasana kediaman jika dicat terlalu banyak. Sebagai contoh, tambahkan beberapa perabot rona putih untuk memberikan keseimbangan pada ruangan kediaman anda.

Gabungkan Dua Warna

Selain warna putih dan hitam, anda juga boleh menggabungkan warna merah dengan coklat, kuning, oren dan warna hangat yang lain. Gabungan ini akan memberi anda ruangan yang hangat dan tradisional. Jika inginkan ruangan yang tampak moden, pilih warna oren dan merah.

Langsir Merah

Warna merah mempunyai kesan yang sangat kuat dan tidak perlu menjadi warna dominan untuk satu ruangan. Untuk menjadikan ruangan rumah anda keliahtan menarik, gunakan beberapa hiasan ringkas tetapi dengan saiz yang besar. Sebagai contoh, dinding dan siling ruangan berwarna putih dan lantai pula menggunakan rona terang, tambahkan seri dengan memasang langsir panjang rona merah pada tingkap.

Permaidani Merah

Jika ruangan tersebut tiada tingkap, anda masih boleh menambahkan hiasan merah pada dekorasi dengan permaidani bercorak rona merah. Hiasan keseluruhan ruang neutral akan menjadi lebih meriah dengan permaidani ini.

Tambah Aksesori Merah

Anda juga boleh menambah beberapa alatan rona merah pada kediaman untuk menambahkan lagi kemeriahan pada kediaman anda. Seperti pengering rambut dan vakuum daripada Dyson ini.

Sumber Gambar: Depositphotos