5 Tip Untuk Pasangan Bekerjasama Mengurus Kediaman

Mengemas bersama lebih mudah dan cepat!

Memiliki kediaman sendiri untuk dihias mengikut citarasa memang menggembirakan buat seorang wanita. Namun begitu, selain bijak dalam menyusun atur perabot dan item perhiasan, anda juga perlu sematkan disiplin yang tinggi mengenai soal mencuci  dan mengemas. Pastikan setiap ahli keluarga membantu mengemas ruang yang ada, membersih apa yang perlu dan mengatur perabot atau item yang sudah bersepah. Untuk para suami pula, ingat untuk bantu isteri menguruskan dan mengemas kediaman. Mengemas rumah bersama juga boleh mengeratkan hubungan suami isteri.

  1. Sediakan jadual dan rutin mengemas harian atau mingguan. Pastikan setiap ahli keluarga terlibat sama dalam tugasan seperti menyapu, mengemop, mengelap serta menyusun atur barang yang sudah tampak bersepah.
  2. Jika anda mempunyai anak kecil di rumah, pastikan anda didik mereka untuk sentiasa mengemas semula setelah bermain permainan. Sediakan ruang atau bekas untuk menyimpan barang mereka.
  3. Jangan meletak terlalu banyak item perhiasan atau barang yang tidak diperlukan di kediaman anda. Cuba jadikan rumah anda minimalis dengan meletak hanya barang keperluan sahaja.
  4. Pastikan juga anda terus mengemas apabila ternampak benda yang tidak menyenangkan mata. Langkah pantas sebegini mampu menjadikan kediman sentiasa kemas, selain tidak membebankan anda apabila rumah menjadi terlalu bersepah.
  5. Jangan biar kekotoran itu tampak teruk baru hendak mencuci. Tingkap, meja dan lantai perlu sentiasa dibersihkan biar rumah anda tampak bersih, selain selesa didiami.
Sumber Gambar: Depositphotos