5 Cara Mudah Harumkan Kediaman Anda

Segarnya!

Kediaman adalah tempat untuk beristirehat. Selepas penat seharian di tempat kerja, sudah tentu apabila sampai ke rumah, anda mahu rasa gembira. Tetapi bagaimana pula jika kediaman berbau hapak? Pastinya anda tidak mahu lagi berehat di rumah. Cuba lima cara mudah yang Jelita kongsikan ini untuk menghilangkan bau kurang enak dan memberikan haruman yang berkekalan dalam rumah anda.

 

Oat

Sekiranya anda rasa rumah berbau pelik, tempat pertama yang perlu disemak ialah peti sejuk atau tong sampah. Letakkan oat ke dalam mangkuk dan masukkannya ke dalam peti sejuk atau letakkan sedikit ke dalam tong sampah untuk menyerap bau kurang enak. Cara ini berkesan dan selamat kerana ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia.

Pelembut Fabrik

Selain daripada mencuci pakaian, pelembut fabrik juga boleh digunakan untuk tujuan lain. Ambil satu cawan pelembut fabrik dan tuangkan ke dalam air mendidih. Bau akan bercampur dengan air dan merebak di seluruh rumah. Selain itu, anda juga boleh menggunakan kayu manis atau bawang putih untuk menambah aroma lain.

Minyak Pati

Menggunakan minyak pati adalah salah satu cara untuk mengharumkan kediaman. Anda boleh didihkannya, letakkannya di atas kain, masukkannya ke dalam beg vakum, diffuser atau humidifiers. Aroma yang paling sesuai untuk membawa kesegaran adalah minyak sitrus seperti limau gedang, lime atau oren dan herba seperti peppermint atau eucalyptus.

Ekstrak Vanila

Bukan sahaja digunakan untuk memasak, tetapi ia juga mencipta bau yang manis di dalam rumah. Rendam span kecil dalam ekstrak vanila dan letakkan di dalam mangkuk panas (atau anda boleh meletakkan mangkuk di sebelah radiator).

Rebus Kepingan Epal Dan Kayu Manis

Sekiranya anda tidak suka nyalakan lilin atau menggunakan minyak pati, cara lain yang boleh digunakan adalah dengan merebus beberapa kepingan epal dan kayu manis dalam periuk berisi air. Cara ini agak rumit sedikit kerana anda tidak boleh meninggalkan dapur dan harus sentiasa memerhatikan campuran itu agar tidak terbakar.

Sumber Gambar: Depositphotos