5 Cara Mudah Jaga Perabot Kayu

Tidak perlu bazir duit beli yang baru!

Perabot binaan kayu sentiasa mendapat tempat di hati ramai kerana memiliki ciri eksklusif. Biarpun terkenal dengan karakternya yang mudah disuai padan, namun sebelum membeli kelengkapan rumah jenis ini, anda perlu pastikan ia bersesuaian dengan konsep rumah.

perabot kayu

Namun begitu, perabot kayu yang tidak dijaga dengan baik, sudah lama tidak dicuci sempurna pasti akan kelihatan kusam serta tidak indah pada sudut kediaman anda. Berikut tip penjagaan perabot kayu biar ia sentiasa tampak seolah baru dibeli.

  1. Jika ternampak habuk atau sebarang kotoran yang melekat pada perabot kayu, anda boleh lap menggunakan produk seperti pledge atau minyak kayu murni yang membantu menyerlahkan lagi warna asli kayu.
  2. Cara lain untuk menghilangkan habuk dan debu pada rangka perabot kayu adalah dengan mengelap menggunakan kain lembap seminggu sekali. Diikuti mengelapnya kembali dengan kain kering.
  3. Jangan biarkan perabot kayu anda cacat dengan kesan calar. Sebagai contoh, biasanya meja kayu dialas dengan cermin kaca bagi mengelakkan calar dan mudah kotor.
  4. Pastikan tapak pada kerusi kayu dilindungi dengan getah anticalar bagi melindungi lantai anda.
  5. Perabot kayu anda boleh diberi nafas baru dengan mengecat atau varnis semula. Anda juga boleh meletakkan fabrik padanya supaya tampak lebih segar dengan imej baru.
Sumber Gambar: Depositphotos

Baca Juga: Panduan Membeli Perabot Dan Kabinet Dapur