10 Haruman Ini Boleh Membantu Menghalau Nyamuk

Tiada lagi gangguan nyamuk!

Nyamuk dianggap sebagai antara serangga berbahaya di dunia kerana ia boleh menyebarkan penyakit seperti malaria, demam kuning, Chikungunya, virus Wet Nile, demam denggi, filariasis dan virus zika. Gigitan nyamuk bukan sahaja mengganggu tetapi ia juga boleh memudaratkan kesihatan.

Nyamuk tertarik kepada aroma karbon dioksida dan wangian lain yang menarik. Jadi, untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa nyamuk, anda boleh cuba 10 haruman ini untuk menghalau nyamuk daripada kediaman.

Baca juga: Jauhkan Nyamuk Dengan 6 Jenis Tanaman Ini

10 of 10

Campuran Minyak Masak, Syampu dan Cuka

Untuk membuat penghalau yang berkesan terhadap nyamuk dan lalat, anda memerlukan minyak masak, syampu dan cuka (sembilan peratus). Campurkan bahan ini dalam kuantiti yang sama dan kacau dengan teliti sehingga anda melihat buih putih. Anda boleh semburkan pada badan atau tuangkannya ke dalam bekas dan biarkan ia terbuka. Cuka boleh menghalau serangga, syampu membantu menyembunyikan bau kuat sementara minyak adalah asas untuk mana-mana krim. Cara ini selamat untuk kanak-kanak dan tidak mempunyai bau yang kuat.

 

10 of 10