Hasilkan Swafoto Sempurna Dengan Vivo S1 Pro

Swafoto seperti diambil oleh jurugambar profesional.

Vivo, syarikat teknologi terkemuka sekali lagi mengejutkan dunia dengan menggabungkan teknologi fotografi yang sering menjadi identiti Vivo dengan perisian yang hebat untuk menghasilkan S1 Pro. Telefon pintar ini lebih daripada sekadar teknologi canggih sahaja. Ia juga mengubah konsep telefon pintar dan reka bentuk yang unik menjadi trendsetting untuk memperkasa belia dalam menentukan gaya unik mereka.

Reka bentuk berlian pada S1 Pro ini diilhamkan daripada aksesori dan istana Diraja yang memberikan reka bentuk yang baru dan menambahkan cita rasa unik dan dinamik ke telefon pintar terbaru ini. Sebagai contoh, kamera 48MP AI Quad disusun dengan bijak untuk membentuk berlian yang juga antara tarikan utama telefon pintar ini dan menggesa peminat Vivo untuk meneroka diri mereka yang unik.

Ciri Fotografi Gred Profesional Untuk Hasil Gambar Menarik

Kamera hadapan 32 MP bertujuan untuk memberikan swafoto yang lebih cantik dan sempurna. Dilengkapi dengan AI Face Beauty yang membolehkan pengguna untuk meningkatkan ciri wajah mereka dan menghasilkan gambar swafoto yang seolah diambil di dalam studio.

Dengan kamera 48MP AI Quad, sesi fotografi akan jadi lebih menyeronokkan. Ia adalah kamera utama yang disokong oleh lensa sudut lebar, makro dan bokeh. Dengan algoritma AI, ia membantu pengguna menghasilkan gambar yang lebih jelas dan cantik.

S1 Pro ini turut memperluaskan sudut tontonan pengguna kepada 120 darjah dengan kamera Super Wide-Angle 8MP yang membantu meluaskan ufuk fotografi. Untuk menggilap reka bentuk, S1 Pro ini turut dilengkapi dengan ciri yang menakjubkan seperti Pose Master yang boleh menyesuaikan sudut pengguna dan membimbing subjek untuk menghasilkan gambar yang lebih baik.

Pengimbasan Cap Jari Dalam Paparan dan Nikmati Pengalaman Visual Tanpa Gangguan

Dengan hanya satu sentuhan pada paparan S1 Pro skrin boleh dibuka dengan pantas dan semua ini kerana teknologi In-Display Fingerprint Scanning. Ia juga dilengkapi dengan pelbagai kesan animasi untuk membuatkan proses membuka kunci telefon anda lebih mudah dan menyeronokkan.

S1 Pro juga dilengkapi paparan Super Amoled 6.38 inci dengan nisbah skrin ke badan telefon adalah sebanyak 90 peratus, telefon pintar ini sesuai buat generasi muda yang suka melihat skrin telefon yang luas tanpa sebarang gangguan.

Berkuasa dan Dibina untuk Prestasi Terkini

S1 Pro dilengkapi dengan Multi-Turbo yang meningkatkan tahap kelajuan telefon pintar untuk memastikan pengguna dapat menikmati prestasi permainan telefon yang lebih menyeronokkan. Telefon pintar ini juga dilengkapi dengan Game Center yang membolehkan pengguna menyemak prestasi telefon dengan cepat untuk memastikan pengalaman permainan telefon yang lebih mendalam. Ia juga turut dilengkapi Voice Changer yang boleh membawa lebih banyak keseronokan ketika bermain permainan terlefon dengan memilih pelbagai jenis suara sambil melindungi privasi pengguna.

Prosesor Qualcomm Snapdragon 665 octa-core S1 Pro ini disokong oleh 8GB RAM dan 128GB ROM untuk memastikan prestasi telefon pantas dan lancar untuk keperluan pelbagai permainan pengguna. Ia juga menempatkan bateri 4500mAh dengan teknologi Dual-Engine Fast Charging yang membawa daya tahan yang lebih tinggi dan pengecasan yang lebih cepat.

S1 Pro ini datang dalam dua pilihan warna yang menarik iaitu Knight Black dan Fancy Sky. Kedua telefon pintar ini boleh didapati di Malaysia pada 7 Disember 2019 dengan harga RM1,199.