Hanya Perlu Makan, 5 Personaliti YouTube Ini Raih Pendapatan Tertinggi

Semuanya diperoleh dalam masa sebulan!

Makan di hadapan kamera sebenarnya boleh jadikan anda jutawan. Lima personaliti ini berjaya meraih pendapatan menerusi video ASMR yang dikongsikan menerusi YouTube.

Sebuah syarikat, Chewsy Gum telah mengumpulkan data yang dihasilkan oleh Sellty, yang telah mengira anggaran pendapatan bulanan minimum dan maksimum yang diperolehi daripada iklan dan menjual barang dagangan mereka.

Berikut adalah lima personaliti YouTube yang meraih pendapatan tertinggi menerusi video ASMR:-

Zach Choi

Zach Choi dari saluran YouTube Zach Choi ASMR yang memiliki lebih daripada enam juta subscribers telah meraih pendapatan tertinggi mengikut angka bulanannya. Bintang Korea Selatan yang dilahirkan di Amerika Syarikat berusia 33 tahun telah memperoleh lebih satu juta dolar Amerika pada bulan lalu daripada videonya.

Naomi MacRae

Di tempat kedua pula jatuh kepada Naomi MacRae atau lebih dikenali sebagai HunniBee. Akaun YouTube miliknya, HunniBee ASMR telah meraih pendapatan 769, 721.50 dolar Amerika daripada video ‘mukbang’. Dia memiliki lebih daripada dua juta subscribers.

Ssoyoung

Meraih tempat ketiga, memperoleh lebih daripada 750,000 dolar Amerika, kurang 14, 075.50 dolar Amerika daripada Hunnibee. Antara tarikan video Ssoyoung adalah apabila dia makan makanan laut hidup termasuk sotong dan mudfish. Seperti HunniBee, dia juga mempunyai lebih daripada dua juta subscribers.

Eat With Boki

Eat with Boki atau nama sebenarnya Moon Bok-Hee telah meraih tempat ketiga dengan pendapatan 675, 491.00 dolar Amerika. Salah satu tarikan video ASMR Eat with Boki adalah dia akan makan hidangan dalam satu suapan dengan sudu besar.

Selain daripada empat personaliti ini, berikut adalah personaliti lain yang berjaya meraih pendapatan menerusi video ASMR.

Sumber Gambar Hiasan: Depositphotos