Hanya Bakar 20 Minit, Jom Cuba Resipi Roti Putih Gebu

Tak perlu berebut beli di luar lagi.

Kecoh hampir seminggu bekalan roti popular Gardenia selalu kehabisan stok! Mana tidaknya, ada yang memborong sehingga lebih tiga bungkus angkara panic buying.

Disebabkan permintaan yang tinggi, pengeluar produk roti Gardenia Malaysia sendiri memaklumkan kilang-kilang Gardenia di Malaysia telah mencapai tahap maksimum pengeluaran setiap hari. Jadi apa kata, daripada anda keluar rumah dan berebut hanya kerana sebuku roti, jom cuba bakar sendiri di rumah.

BAHAN-BAHAN:

3 Sudu besar Susu Penuh Krim
3 Sudu besar Air
2 Sudu besar Tepung Roti
1 Biji Telur (gred A)
2 Sudu besar Mentega Cair
113ml Air
1/4 Cawan @ 50 gm Gula
1 Sudu besar Yis Segera
2 1/2 Cawan @ 312 gm Tepung Roti
2 Sudu besar @ 18 gm Susu Tepung
1 Sudu Kecil Garam
1/2 Sudu Kecil Bread Improver
1/2 Sudu Kecil Pelembut Roti
Biarkan kembang selama 1 jam
Oleskan dengan minyak
Biarkan kembang selama 30 – 40 minit
Bakar 175ºC / 347ºF selama 20 – 25 minit

Sumber/Video: Youtube – Buat Orang Lapo