Elak Sakit Belakang Saat Makan Bersama Keluarga

Jangan biarkan sakit belakang mengganggu anda bersama keluarga

Menikmati makan malam bersama keluarga adalah perkara yang seronok untuk dilakukan apabila tiba hujung minggu. Namun begitu, duduk di meja makan boleh menyebabkan sakit belakang dan sekali gus mengganggu ketenangan sewaktu makan malam. Hal ini terjadi kerana badan anda tidak bergerak dan juga duduk dalam postur yang tidak betul. Oleh itu, Jelita kongsikan cara mudah untuk anda elakkan sakit belakang saat makan bersama keluarga dan dalam masa yang sama membantu proses penghadaman makanan.

Kekalkan Postur Yang Baik Sepanjang Masa

Penghadaman yang betul hanya berlaku apabila anda duduk tegak. Postur yang baik adalah apabila telinga anda sejajar dengan bahu dan tulang bahu ditari kebelakang. Dengan postur yang betul ini, tekanan pada tulang belakang akan berkurangan. Kajian menunjukkan bahawa proses pengosongan kandungan perut akan menjadi lambat jika anda berada dalam posisi terlentang berbanding dengan posisi duduk.

Tambahan lagi, jika anda membengkokkan badan ketika sedang makan, makanan tidak boleh pergi ke perut tepat pada masa untuk badan anda menghantarkan signal kepada otak untuk memberitahu bahawa perut anda sudah penuh, ia akan mengambil masa dua kali lebih lama. Oleh itu, ia akan menyebabkan anda makan dua kali ganda sekali gus membuatkan anda kekenyangan dan penat.

Jangan Lupa Baca Doa Makan

Sebelum memulakan acara makan malam, adalah sebaiknya jika ia dimulakan dulu dengan bacaan doa dan doa makan. Jangan terlalu gelojoh untuk makan sehinggakan anda lupa untuk membaca doa dan mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT. Jadi contoh yang baik untuk anak anda.

Pernafasan Dalam 

Penafasan dalam dapat membantu menghadam makanan dengan meningkatkan pergerakan perut dan kandungan makanannya. Selain itu, ia juga membantu untuk meningkatkan gerakan segmen tulang belakang, saraf tunjang dan akar saraf dan meningkatkan gerakan dan pengedaran cecair cerebrospinal. Penafasan itni juga dapat membantu dalam mengurangkan bengkak sendi tulang dan akar saraf yang menyebabkan kesakitan. Akhir sekali, ia juga membantu anda untuk rasa lebih baik sepanjang acara makan malam.

Menurut doktor pakar, menghirup udara segar boleh melegakan sama seperti anda minum segelas air sejuk pada cuaca panas. Jadi letakkan tangan anda di perut dan tarik nafas sedalamnya untuk merasakan perut anda bergerak. Ulanginya sepanjang hari.

Makan Dalam Kuantiti Yang Sedikit dan Rehat Sebentar

Cara ini dapat membantu anda menikmati hidangan tanpa perlu melambatkan atau berhenti makan sepenuhnya. Ambil makanan yang tinggi kalori dalam kuantiti yang sedikit seperti kentang lenyek, stuffing dan casserole keju. Pastikan anda lebihkan kuantiti ayam atau kacang. Ambil masa lima minit di antara hidangan tersebut untuk membolehkan perut anda menghadam makanan yang diambil.

Borak Bersama Keluarga

Luangkan masa untuk berbual bersama keluarga atau tetamu yang hadir. Apabila anda terlibat secara aktif dalam perbualan bersama keluarga, anda akan kurang menghabiskan masa untuk makan dan lebih banyak masa untuk merasa lebih baik. Keinginan untuk makan akan berkurangan dan anda akan rasa lebih gembira menghabiskan masa bersama keluarga.

Nikmati Pencuci Mulut

Gunakan sudu kecil (demitasse) untuk menikmati hidangan pencuci mulut anda. Sudu ini lebih kecil daripada sudu teh yang biasa. Biarkan pencuci mulut berada di dalam mulut selama seminit. Biarkan dua hingga lapan ribu tunas rasa di lidah anda menikmati rasa vanila, coklat, kayu manis atau rasa yang lain. Rasakan tekstur dan suhu untuk setiap gigitan. Latih deria asa anda untuk menikmati rasa dan tekstur pencuci mulut tersebut. Ini adalah untuk mengelakkan anda makan terlalu cepat sehingga kekenyangan.

Senaman Ringan Di Kerusi

Melakukan senaman ringan dapat membantu mengepam darah dan mempercepatkan metabolisme badan. Membengkok ke kanan atau kiri (seolah anda sedang mengambil garfu yang terjatuh) dan pusingkan badan ke sisi (seperti anda menyambut tetamu di belakang) adalah dua cara yang mudah tetapi berkesan untuk membantu mencerna makanan dalam perut anda.

Berjalan Selepas Makan

Aturkan aktiviti berjalan bersama keluarga selepas makan malam. Berjalan dapat membantu penghadaman makanan dan membina sillaturahim bersama keluarga. Ia juga membantu anda untuk merasa lebih baik kerana sendi tulang belakang dan saraf tulang belakang akan mula bergerak dengan berjalan kaki. Salah satu cara untuk kena sakit belakang atau leher adalah dengan tidak bergerak. Apabila sendi tulang belakang dan saraf tulang belakang tidak bergerak, maka ia boleh menyebabkan rasa sakit.

Gambar: Depositphotos