“Bagaimana Saya Menabung Untuk Yuran Kolej Anak?”

Masa depan anak akan terjamin dengan cara ini.

Apabila saya baru sahaja berkahwin dengan suami , saya tidak mementingkan malah terfikir untuk bermula menabung duit untuk membiayai kos pelajaran anak-anak saya. Walaubagaimanapun, ia bukan rahsia bahawa kos untuk mempunyai anak mahal (memang benar pun), dan sebahagian besar kos itu ialah untuk membiayai pengajian tinggi selepas tamat pengajian di sekolah menengah. Bukan kos tuisyen sahaja, tetapi juga perbelanjaan kehidupan harian semasa anak saya di kolej.

Percayalah apabila saya memberitahu anda bahawa ini adalah perbincangan yang amat penting untuk dilaksanakan bersama pasangan anda, dan ia patut dilaksanakan secepat mungkin.

Berikut adalah beberapa perkara yang saya pertimbangkan semasa merancang pelan dana kolej anak-anak saya.

1) Mengurus hutang

Seperti ibu bapa millenial yang lain, kita semua ada hutang. Ini tidak semestinya perkara yang buruk; ianya bergantung pada jenis hutang dan bagaimana kita mengendalikannya.

Walaubagaimanapun, hutang boleh mengubah matlamat kewangan utama anda, tak kisahlah ianya bersara di kepulauan Caribbean ataupun menghantar anak anda ke luar negara untuk pendidikan di kolej. Walaupun kita mempunyai hutang, kita harus memastikan kita tidak mempunyai sebarang masalah dengan situasi kewangan kita dan terdapat penampan dalam akaun kita untuk yakin menangani hutang dan masih berpeluang menyimpan untuk perkara yang lain di dalam hidup.

Hutang yang patut dielakkan adalah hutang konsumptif – ini adalah hutang yang terhasil apabila membeli barangan yang akan menyusut nilainya. Sebagai contoh – percutian ke Eropah untuk seisi keluarga ataupun perabot baharu untuk mengembirakan hati mentua di rumah terbuka tahun akan datang. Hutang-hutang ini selalunya ditanggung menggunakan kad kredit, tidak menafikan bahawa ia adalah alat yang berguna, tetapi tidak sepatutnya diperlakukan sebagai alat untuk menggunakan duit yang tidak wujud.

Cara kita mengawal hutang sekarang akan membantu kita mencapai matlamat kewangan kita pada masa hadapan.

2) Memilih jenis pelaburan yang betul

Menjadi seorang dewasa bermaksud mengawal dan menjaga pelbagai jenis matlamat kewangan pada masa yang sama, dari matlamat jangka pendek seperti percutian keluarga yang seterusnya ke matlamat jangka panjang seperti mengumpul dana untuk pendidikan anak-anak anda dan dana untuk persaraan anda. Kesimpulannya, terdapat pelbagai sebab untuk menyimpan sepanjang jangka hayat anda.

Seperti matlamat pelaburan yang lain, saya elakkan dari meletakkan semua risiko saya ke dalam satu lokasi simpanan untuk dana pembelajaran anak saya. Ada beberapa perkara yang saya tanyakan diri sendiri semasa saya mula merancang:

  • Berapa tahun saya ada sebelum anak saya akan ke kolej?
  • Berapa banyak duit saya perlu simpan?
  • Berapa banyak saya boleh simpan dengan selesa setiap bulan?

Selepas mendapat informasi awal dari soalan-soalan di atas, saya boleh bersedia untuk membuat keputusan pelaburan yang paling sesuai. Ini adalah beberapa pelaburan yang anda boleh pertimbangkan:

a) Hartanah

Membeli harta di lokasi yang strategik pada masa yang tepat akan memberikan pulangan wang yang lebih baik. Peluang yang terbaik tidak semestinya peluang yang ada di depan mata. Jadi, anda perlu membuat penyelidikan menyeluruh sebelum membuat keputusan. Anda perlu sedar risiko yang hadir sama seperti pelaburan-pelaburan yang lain. Pelaburan hartanah juga memerlukan sejumlah wang terdahulu yang lebih besar.

b) Unit amanah

Dengan unit amanah, anda akan didedahkan ke pulangan yang lebih agresif sambil mengawal risiko dengan lebih baik berbanding dengan melabur ke pasaran saham bersendirian. Kebaikan melabur dengan unit amanah ialah anda tidak memerlukan modal pelaburan yang tinggi, dan pelaburan anda akan dipelbagaikan walaupun dengan satu dana sahaja.

c) Saham perdana di bursa saham

Kebaikan melabur ke saham-saham perdana ialah potensi pulangan modal yang tinggi dan dividen yang menarik, bergantung kepada syarikat yang dilaburkan. Walaubagaimanapun, jika anda alah dengan risiko tinggi dan tidak mempunyai seluruh maklumat, kami cadangkan jangan gunakan saham untuk pelaburan jangka pendek untuk mengaut keuntungan besar.

Tidak kisahlah jenis pelaburan yang dipilih, fikiran kesan jangka panjang supaya yuran perdagangan tidak akan menjadi terlalu tinggi dan memakan dalam dana yang dilaburkan. Untuk pelaburan jangka panjang, pastikan pulangan yang dijangkakan melebihi paras inflasi. Jangan lupa pelaburan ini adalah untuk jangka maksima 18 tahun. Anda pasti tidak mahu mendapat tahu yang keuntungan pelaburan anda kurang daripada jumlah pelaburan asal selepas 18 tahun!

3) Mengambil kesempatan dengan peluang yang ada

Kalau ikutkan, memang payah menabung untuk anak-anak saya, jikalau mengambil kira pula beratus-ratus perkara yang saya perlu fikirkan setiap hari. Pertolongan memang sangat dihargai. Mujurlah terdapat pelbagai jenis bantuan untuk meningkatkan simpanan anda untuk memberikan anak anda pilihan yang terbaik:

a) Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) PTPTN

Akaun SSPN-i bukan sahaja untuk mereka yang ingin membuat pinjaman PTPTN – ianya direka untuk ibubapa baru untuk bermula menyimpan untuk masa hadapan. Ibubapa boleh membuka akaun simpanan SSPN-i sebaik sahaja anak mereka lahir. Ia mempunyai dividen tahunan sebanyak 4%, yang lebih tinggi daripada akaun simpanan biasa. Jika anda deposit RM500 atau lebih di dalam akaun SSPN-i , PTPTN akan menyediakan geran sepadan sehingga RM500. Tambahan pula, simpanan SSPN-i boleh ditolak dari cukai pendapatan anda, sehingga RM6,000 setahun!

b) Pengeluaran Pendidikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Anda menyimpan dengan susah, tetapi inflasi boleh merosakkan rancangan anda. Jadi untuk tambahan ke simpanan anda, anda boleh pertimbangkan pengeluaran KWSP. Akaun 2 KWSP boleh digunakan untuk membayar yuran tuisyen dan caj yang dikenakan oleh institusi pengajian tinggi atau jumlah pinjaman terkumpul, kos bilik dan papan, dan tiket penerbangan untuk pelajar tahun pertama yang belajar di luar bandar atau di luar negara. Walaubagaimanapun pendidikan anak anda perlu di rancang dengan teliti dan simpanan KWSP tidak patut menjadi simpanan sulung untuk pendidikan anak anda.

c) Biasiswa

Terdapat banyak biasiswa untuk rakyat Malaysia yang berbakat tetapi tidak mempunyai keupayaan kewangan untuk meneruskan pembelajaraan mereka. Walaubagaimanapun, jangan jadikan biasiswa sebagai halangan untuk merancang masa hadapan anak anda seawal mungkin. Mungkin terdapat perbelanjaan tersembunyi, terutamanya jika anak anda akan ke luar negara.

4) Menetapkan pemikiran yang betul

Sebagai ibubapa, kita sangat cenderung untuk mengambil tanggungjawab masa depan anak kita sepenuhnya. Akan tetapi, mereka juga sangat bertanggungjawab untuk masa depan mereka. Menetapkan pemikiran anak-anak saya dengan betul dari usia yang muda teramat penting untuk memastikan komitmen mereka ke matlamat akan tercapai.

Saya bukan “tiger mum” dan saya tidak menekan anak-anak saya untuk menjadi doktor atau jurutera, tetapi perbualan untuk memberitahu mereka apakah peranan mereka di masa hadapan sangat penting, walaupun jika mereka membuat keputusan untuk menjadi seorang YouTuber. Paling penting adalah untuk memberikan mereka ruang untuk menjadi sesiapapun dan juga memberi kesedaran kepada mereka mengenai peluang keemasan yang ada di seluruh dunia, dan apa yang mereka perlu lakukan untuk mencapai idaman mereka.

Anak sulung saya sentiasa menukar cita-cita beliau. Satu hari dia ingin menjadi jurutera elektronik, hari yang lain dia ingin menjadi YouTuber. Asalkan dia tahu dia mempunyai pilihan untuk menjadi sesiapa sahaja dan untuk mendapatkan pendidikan yang lengkap adalah penting. Dan itu adalah sasaran kami. Oleh itu saya berjimat dengan tidak selalu membelikan beliau permainan, sebaliknya duit itu akan terus ke dana kolej beliau.

5) Pentingkan simpanan persaraan anda

Kebanyakan ibubapa akan ke hujung dunia untuk melindungi anak mereka. Sebab itu banyak ibubapa tanpa ragu-ragu akan menghabiskan simpanan KWSP mereka untuk menghantar anak mereka ke luar negara untuk belajar. Nasihat untuk mengutamakan simpanan persaraan anda ke atas pendidikan anak anda mungkin akan kelihatan seperti mementingkan diri sendiri.

Sebenarnya, walaupun saya tidak menyimpan apa-apa untuk dana pendidikan anak saya, mereka masih mempunyai pilihan lain untuk meneruskan pembelajaran mereka. Walaupun perjalanan mereka kemungkinan bukan yang paling mudah untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan, mereka masih boleh meneruskan pembelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Walaubagaimanapun, apabila saya bersara, saya tidak akan mempunyai pilihan sangat jika saya tidak mempunyai simpanan persaraan. Bagi pendapat saya (walaupun penuh dengan kontroversi), ianya lebih mementingkan diri sendiri berbanding mengharap anak saya untuk menyokong saya bila masa tua. Ini adalah bagaimana generasi “sandwich” terhasil.

Anak-anak kita akan membesar dan akan mempunyai tanggungjawab dan cabaran mereka sendiri. Ini tidak boleh dielakkan. Sebagai ibubapa kita perlu melakukan sebaik yang mungkin untuk menjaga mereka, tetapi pada masa yang sama, mereka perlu menahan cabaran sendiri.

Di dunia yang sempurna, kami ingin memberikan pendidikan terbaik kepada mereka untuk memberi mereka permulaan yang baik dalam hidup, dan cara paling mudah untuk melakukannya adalah dengan memulakan perancangan dengan awal.

Sumber Gambar: Depositphotos