Dibuli Kerana Sumbing Jadikan Nora Abu Hassan Lebih Kuat

Ikuti kisah Nora Abu Hassan yang tidak pernah menjadikan kekurangan sebagai kelemahan

Menurut portal myHealth, sumbing bibir ialah rekahan pada bibir atas manakala sumbing lelangit ialah rekahan pada garis tengah lelangit dan keadaan ini berlaku disebabkan oleh suatu rekahan (fisur) pada garis tengah lelangit akibat daripada kegagalan kedua-dua sisi bercantum semasa perkembangan janin pada usia tiga bulan dalam kandungan.

Dilahirkan dalam keadaan fizikal seperti ini boleh menjadi cabaran buat sesiapa sahaja yang mengalaminya. Kebanyakan mereka ini sering menjadi mangsa buli atau mangsa ejek daripada rakan seumur atau dari masyarakat sekeliling. Namun, keadaan dirinya yang tidak sempurna dan sering menjadi mangsa buli tidak menghalang wanita ini untuk mencapai kejayaan.

Nora Abu Hassan dilahirkan dalam keadaan sumbing dan sering menjadi mangsa buli dan ejekan daripada masyarakat sekelilingnya. Namun, keadaan itu tidak menghalangnya untuk terus mencapai kejayaan dan kini dia adalah antara wanita yang paling disegani di Malaysia.

Jelita berkesempatan menemubual Nora Abu Hassan untuk berkongsi pengalamannya menjadi mangsa buli kerana keadaan wajahnya.

1 of 14

Ceritakan serba sedikit mengenai diri anda?

Tamat belajar pada tahun 1987 dengan Sarjana Muda Sastera (ekonomi dan sosiologi ) dari Universiti New England, Armidale, New South Wales. Kemudian, bekerja di Southern Bank pada tahun 1986 sehingga 1991 dalam pelbagai jawatan dan tamat bekerja dengan memengang jawatan Ketua Jabatan Akaun Semasa.

Selain itu, Nora juga adalah pengasas dan pernah menjadi pengetua Children’s Cottage (1995 sehingga 2013), sebuah tadika yang berjaya di kawasan Ampang. Nora sentiasa menaik taraf pengetahuan dan kemahiran secara berterusan dengan memberikan tumpuan yang khusus dalam bahasa, ucapan dan komunikasi dengan mengikuti kursus jangka panjang dan pendek dalam penjagaan kanak-kanak dan Montessori Method (1995), pendidikan awal (1996), kemahiran bahasa Inggeris (2004), kepimpinan strategik dan pengurusan (2006), kecemerlangan emosi (2007) dan ucapan dinamil (2011).

Nora adalah kaunselor emosi yang berlesen (2005), seorang pengamal pengatucaraan neuro-linguistik yang disahkan (2007), jurulatih berlesen (2010) dan hipnoterapi yang berlesen (2011). Bermula dari tahun 2011, Nora menjadi ahli aktif Kelab MIM Toastmasters dan memenangi empat anugerah penceramah terbaik dalam pelbagai kategori.

Nora juga pernah berkhidmat di Kiwanis Malaysia dari tahun 2002 hingga 2017 dalam pelbagai tampuk kepimpinan termasuk presiden, Kiwanis Ampang Jaya, presiden piagam Kiwanis Ampang Tengah dan juga sebagai Leftenan Gabenor menguruskan lima bab portfolio.

Pada tahun 2007, Nora telah memenangi Anugerah Wanita Cemerlang untuk Pelajaran dan Perkhidmatan Awam di majalah The Women’s Weekly Malaysia. Pada tahun yang sama, Nora turut memenangi Anugerah Wanita Ikon semifinal yang dianjurkan oleh Utusan Karya.

Nora telah berkhidmat dengan Majlis Alumni Australia Malaysia dari tahun 2004 sehingga sekarang sebagai ahli majlis dan penasihat dan kerap tersenarai dalam Tatler Society Definitive Guide to Who’s Who in Malaysia.

Kini, Nora adalah ibu kepada tiga orang anak dan nenek kepada seorang cucu.

1 of 14