#Covid19: Tip Elakkan Diri Dari Menjadi Mangsa Penipuan Pembelian Online

Ingat! Selidik dahulu, kemudian baru buat pembayaran.

Malangnya, masih ada yang ambil kesempatan untuk kaut keuntungan!

Antaranya termasuk meletakkan harga tidak munasabah untuk topeng muka. Malah, ada juga di antara mereka mengambil kesempatan dengan menjual cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer tiruan.

Pelbagai janama hand sanitizer kini dikatakan muncul dalam pelbagai saiz. Ia seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ekoran daripada penjualan itu, ada pengguna mengalami pengelupasan dan kulit menjadi kering selepas menggunakannya.

Terkini, seorang kerani pembuatan kenderaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM54,000 akibat penjualan topeng muka yang tidak wujud. Mangsa dikatakan telah membeli sebanyak 3,346 kotak topeng muka bagi tujuan menjualnya semula. Kemudian, diminta untuk membuat bayaran ke sebuah akuan bank yang dimiliki oleh penjual tersebut secara berperingkat.

Justeru, bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan pembelian atas talian, jelita menasihatkan kepada anda supaya melakukan beberapa langkah di bawah.

  1. Semak profil penjual. Pastikan ada maklumat yang dipaparkan pada laman penjual tersebut.
  2. Baca dengan teliti. Kemudian, fahami terma dan syarat pembelian serta semak jaminan atau polisi return atau refund.
  3. Semak tanda atau simbol pengesahan keselamatan urus niaga pada laman penjual online.
  4. Buat perbandingan harga terlebih dahulu. Jangan sesekali terpedaya dengan tawaran harga yang menarik.
  5. Semak pengesahan pesanan sebelum klik setuju dengan pembelian.
  6. Baca komen serta testimoni pembeli pada laman penjual online (jika ada).
  7. Jangan lakukan pembelian melalui komputer awam (kafe siber).
  8. Simpan maklumat pembelian untuk rujukan di masa akan datang.
  9. Beli dari penjual online yang dipercayai dan mempunyai reputasi yang baik.

 

Sekiranya anda ingin melaporkan sebarang insiden atau ancaman siber, sila layari

https://www.mycert.org.my/

 

SUMBER: CyberSecurity Malaysia

SUMBER GAMBAR: Freepik.com

 

Baca juga: #Covid19: Usah Terjebak Sebar Berita Palsu!