#Covid19: Lelaki Ini Reka Topeng Muka Menggunakan Tisu Dapur

Disaat anda terdesak memerlukannya.

Menurut World Health Organization (WHO), hanya mereka yang tidak sihat sahaja perlu memakai topeng muka. Tetapi tidak salah untuk anda memakainya, cuma kalau boleh hadkan pembelian topeng muka kerana pihak hospital lebih memerlukannya.

Namun di saat ini, penjualan topeng muka di pasaran mendapat permintaan tinggi sehinggakan ada netizen tampil dengan idea mereka topeng muka secara DIY. Jelita tidak sarankan untuk anda menggunakannya secara kerap kerana keberkesan dan materialnya tidak menepati saranan KKM.

Tetapi mungkin ia boleh digunakan ketika kehabisan stok dan perlu untuk memakainya. Pengguna Facebook, Joe Chia menggunakan tisu dapur dan getah untuk mereka topeng muka.

TOPENG MUKA DIY:

Ini bukan topeng yang disyorkan, walau bagaimanapun bagi anda yang tidak mempunyai stok, ini adalah alternatif sekiranya anda berada di tempat awam. Cuba cara mudah ini yang tidak memerlukan jahitan.

BAHAN YANG DIPERLUKAN:
2 helai tisu dapur +  4 gelang getah + 1 stapler

CARA-CARA:

1. Sediakan 2 helai tisu dapur.
2. Lipat terus ke satu sisi sehingga membentuk seperti kipas berbentuk huruf W.
3. Masukkan gelang getah ke setiap sisi tisu.
4. Ketip kedua-dua bahagian dengan stapler bagi memastikan ia tidak longgar.
5. Perlahan buka lipatan itu sehingga ia membentuk seperti topeng muka.
6. Cuba pakai di muka dan pastikan ia menutupi bahagian mulut dan hidung dengan baik.
7. Sedia untuk dipakai!

** Anda boleh menggunakan topeng ini sebagai lapisan tambahan di luar topeng muka untuk tahan lebih lama.

Foto / Sumber: Facebook Joe Chia

1 of 9

1 of 9