#COVID19: Agong Dan Permaisuri Bantu Kerajaan, Tolak Emolumen Diraja

Demi rakyat jelata.

Covid19 memberi impak besar kepada ekonomi dunia. Perintah kawalan pergerakan atau #PKP membuatkan banyak perniagaan menghentikan operasi harian dan memberi kesan kepada aliran wang tunai dan keuntungan biasa.

Kerajaan juga telah memperuntukkan wang sejumlah RM250 bilion menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) untuk membantu pendapatan rakyat yang terjejas. Malah pada 26 Mac lalu, Kabinet mengumukan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong selama dua bulan untuk disalurkan kepada Tabung COVID-19.

Hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja kepada Seri Paduka berdua selama enam bulan mulai Mac hingga Ogos.

Menerusi artikel daripada portal BH Online, ia dilakukan bertujuan membantu meringankan beban kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19, serta menyahut keputusan kerajaan memotong dua bulan gaji perdana menteri, menteri serta timbalan menteri dan disalurkan ke Tabung COVID-19.

Sumber: BH Online
Foto: Instagram.com/istana_negara