Cipta Memori Indah Di Mana Sahaja Dengan Pencetak Kompak Ini

Cetak gambar di mana sahaja anda berada!

Ingin berikan yang terbaik untuk pengguna, Canon telah melancarkan dua produk terbaru yang hebat. EOS 850D yang baharu adalah kamera versatil yang boleh dinikmati oleh pengguna di mana sahaja pada bila-bila masa, manakala SELPHY SQUARE QX10 adalah pencetak gambar kompak yang mudah dibawa ke mana sahaja.

EOS 805D

Ia memiliki berat kira-kira 515 g dan didatangkan dengan pengesan CMOS bersaiz APS-C 24.1 mengapiksel dan pemproses pengimejan DIGIC 8 untuk kualiti imej yang hebat. Kamera ini juga mempunyai kebolehan untuk mengambil gambar pada waktu malam dan di tempat gelap dengan bantuan prestasi maksimum ISO yang dipertingkatkan sehingga 25,600 imej pegun dan ia juga boleh ditambah kepada 51,200.

Menariknya, ia didatangkan dengan pemidang tilik optik yang memberi prestasi dan kawalan tangkapan yang lebih baik. Semasa tangkapan pemidang tilik sehingga 7 fps, pengguna tidak akan mengalami masa susul dan dengan AF 45 titik semua jenis silang, anda boleh merakam kawasan yang lebih luas. Dengan EOS iTR AF, prestasi jejakan subjek dipertingkatkan melalui fungsi pengesanan wajah yang membolehkan pengguna mengesan wajah walaupun dalam persekitaran di mana pengesanan warna kulit hilang akibat latar belakang.

Dengan AF CMOS Piksel Duaan pada EOS 850D, ia membolehkan anda mencapai AF berkelajuan tinggi dan jika dipadankan dengan lensa yang sesuai, AF boleh digunakan untuk kawasan kira-kira 88 peratus melintang dengan 100 peratus menegak, memberikan foto yang lebih cantik.

Lebih menarik, ciri AF Pengesanan Mata membolehkan kamera tersebut memfokus secara automatik pada mata subjek manusia dan membolehkan pengguna memberi tumpuan untuk merakam ekspresi semula jadi sambil mengekalkan fokus yang tajam walaupun untuk subjek yang bergerak.

Butang AF-ON baharu di belakang EOS 850D juga membolehkan pengguna menggunakan fokus automatik secara berasingan. Semasa merakam subjek yang bergerak, menekan butang tersebut membolehkan kamera terus menjejak subjek dengan AI Servo AF. Butang lepas pengatup pula membolehkan pengguna memberi tumpuan dalam menetapkan tangkapan dengan sempurna supaya tidak terlepas saat yang penting.

Rakan Hebat Untuk Merakam Filem

Kamera EOS 850D juga boleh digunakan untuk merekod video UHD 4K dalam format 23.98p/25p untuk suasana seakan filem dan video HD penuh dalam format 59.94/50p. Fungsi filem selang masa 4K pula membolehkan pengguna merakam dengan mudah filem selang masa siang ke malam untuk pemandangan bandar raya dalam resolusi ultra tinggi melalui pemilihan pemandangan melalui pra-tetapan atau tetapan manual mudah.

Turut menggabungkan Penstabilan Imej elektronik dalaman untuk membolehkan “Movie digital IS” untuk vlog yang stail atau filem rakaman dipegang tangan. Monitro LCD panel sentuhan 3 inci 1.04 juta titik Vari-angle memudahkan pengguna merakan video dari sudut tinggi atau rendah.

Dengan ciri Wi-Fi yang ada pada kamera ini, memudahkan anda untuk memindahkan imej ke telefon pintar atau komputer riba. Fungsi Bluetooth Tenaga Rendah (BLE) juga ada untuk tangkapan jarak jauh dengan telefon pintar melalui aplikasi Canon Camera Connect.

SELPHY SQUARE QX10

Menghasilkan cetakan berbentuk segi empat sama dengan jangka hayat simpanan album sehingga 100 tahun. Dengan teknologi cetakan terma, imej yang dicetak akan kelihatan seperti gambar tradisional dengan senggatan tona yang licin dan warna yang terang.

Proses cetakan diakhiri dengan lapisan filem khas yang mempunyai dua tujuan-memberi kemasan bersinar pada gambar dan melindunginya daripada air dan kotoran, menjadikannya bebas kotoran dan kalis pudar.

Dengan berat hanya 445 g dan sedikit besar dari tapak tangan, pencetak kompak ini adalah peranti yang mudah dibawa dan mudah dimuatkan ke dalam beg. Bateri terbina di dalam membolehkan anda mencetak memori di mana sahaja dan mengecas peranti tersebut dengan mudah menggunakan power bank. Mempunyai rekaan minimalis, pencetak ini hadir dengan tiga pilihan warna menarik iaitu putih, merah jambu dan hitam.