Hospital Zoo Milik Keluarga Irwin Selamatkan Lebih 90,000 Haiwan Dalam Kebakaran Australia

Legasi Steve Irwin diteruskan melalui keluarganya.

Keluarga Irwin meneruskan legasi pengacara dokumentasi haiwan terkenal, Steve Irwin dalam menyelamatkan hidupan liar yang terancam.

Bindi Irwin, anak perempuan Steve dan seluruh keluarga Irwin telah menyelamatkan dan merawat lebih 90,000 haiwan yang cedera dalam kebakaran hutan yang dahsyat. Ollie, platipus yang menjadi ‘yatim’ dalam bencana tersebut adalah ‘pesakit’ nombor 90,000 di Hospital Hidupan Liar seperti yang dilaporkan oleh abang Bindi, Robert Irwin di Instagramnya.

Bindi juga turut berkongsi perasaannya mengenai kebakaran hutan yang berlaku di Australia menerusi akaun Instagramnya. Gadis berusia 21 tahun itu mengesahkan Zoo Australia yang dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga Irwin dan lokasi pemuliharaan mereka tidak terancam oleh kebakaran yang berlaku.

View this post on Instagram

Blossom the possum was admitted to the #AustraliaZoo Wildlife Hospital after being caught in one of the bushfires burning in other parts of Queensland. We have such an incredible team who work day and night to protect gorgeous animals like Blossom. Devastatingly this beautiful girl didn’t make it even after working so hard to save her life. I want to thank you for your kind words and support. This is the heart-wrenching truth, every day is a battle to stand up and speak for those who cannot speak for themselves. Now more than ever we need to work together to make a difference and protect our Mother Earth. For more on how you can become a Wildlife Warrior visit www.wildlifewarriors.org 💙🙏🏼

A post shared by Bindi Irwin (@bindisueirwin) on

Dia turut berkongsi satu gambar seekor possum yang diberi nama Blossom yang mati selepas diselamatkan daripada kebakaran yang berlaku di Queensland walaupun pihak hospital telah bekerja keras untuk menyelamatkan haiwan comel tersebut. Blossom adalah salah satu daripada spesies haiwan yang terbunuh dalam kebakaran Australia. Hampir satu pertiga daripada koala di rantau New South Wales Australia mungkin telah terbunuh di kebakaran hutan yang terbakar tanpa kawalan.

Tiga kebakaran yang berlaku pada hari Sabtu lalu telah membentuk satu kebakaran lebih besar daripada wilayah New York di Manhattan, ia juga adalah antara kebakaran hutan yang paling dahsyat berlaku di negara itu.

24 orang meninggal dunia dalam kejadian tersebut dan di New South Wales sahaja, lebih daripada 1,300 rumah telah musnah.

Steve Irwin, penyampai TV yang dikenali sebagai Crocodile Hunter meninggal dunia apda tahun 2006 selepas diserang oleh ikan pari dalam kemalangan di lautan pantai utara Australia.

Baca juga: Kebakaran Hutan Di Australia- Lebih Setengah Bilion Haiwan Terbunuh

Sumber Gambar: Instagram