Zahirah Macwilson Sah Jadi Isteri Aiman Hakim

Lihat juga gambar sekitar majlis pernikahan mereka.

Semalam telah berlangsungnya majlis pernikahan dua pasangan selebriti popular, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza di GlamHall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara.

Pasangan itu dinikahkan boleh bapa Zahirah sendiri, Zainol Macwilson. Zahirah telah menerima mas kahwin RM300 berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pihak pengantin lelaki.

Zahirah yang kelihatan anggun dalam busana hasil sentuhan pereka fesyen terkenal, Teh Firdaus turut mengucapkan syukur kerana majlis yang dirancang sejak enam bulan yang lalu telah berjalan dengan lancar. Aiman Hakim Ridza turut menyatakan rasa syukur dan gembira kerana menamatkan zaman bujangnya bersama dengan wanita pilihan hatinya.

“Alhamdulillah, saya kini bergelar suami dan bermulalah sudah tanggungjawab saya untuk isteri, keluarga dan keluarga isteri saya. Saya berharap semua pihak akan mendoakan yang terbaik untuk perkahwinan kami ini dan semoga ia kekal sehingga ke Jannah.”- Aiman Hakim Ridza, Harian Metro.

Pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 8 Jun tahun lalu selepas tujuh bulan berkenalan. Majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup itu dihadiri oleh 200 tetamu yang menyaksikan keindahan hiasan daripada perancang perkahwinan Mahligai Creative Weddings yang bertemakan rustic. Hari ini, mereka akan diraikan dalam majlis resepsi yang dikongsi bersama kedua belah pihak keluarga di lokasi yang sama.

Apapun, Jelita ucapkan tahniah kepada kedua pasangan pengantin baru ini.

1 of 17

1 of 17