“Tunggu Mama,” Luahan Pilu Fauziah Nawi

Pemergiannya ditangisi rakan artis

Tiada ibu di dunia ini yang tidak berduka saat melihat anak pergi terlebih dahulu. Sukar bagi seorang ibu untuk menerima berpisah dengan anak melalui kematian.

Pelakon, Fauziah Nawi juga tidak dapat membendung kesedihan apabila anak tercinta, Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif, dijemput Ilhai mendahului dirinya.

Berita mengenai pemerigian Pitt yang juga seorang pengarah filem telah mengejutkan semua pengiat seni. Allahyarham dipercayai telah lemas pada Sabtu lalu ketika sedang memancing di Sungai Jelai berdekatan Jambatan Gemunchur Mela, Lipis, Pahang sekitar jam satu tengah hari. Bot Allahyarham dikatakan terbalik selepas berlanggar dengan tiang jambatan terbabit.

Jenazah Allahyarham ditemu terapung oleh pasukan penyelamat kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian pada jam 4.25 petang dan kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lupus sekitar jam 10.30 malaM.

Jenazah kemudian dibawa ke rumah ibunya di Taman Melati sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur pada jam dua pagi semalam.

“Wahai anakanda Mohd Firdaus bin Hj Mohd Hanif aka Pitt Hanif ramai yang menghantar mu wahai anak ke negeri abadi mu dengan doa serta kasih sayang.

“Mama hanya mampu menitipkan doa untuk mu wahai anak. Moga kau dalam pelukan kasih sayang Allah Rab mu.

“Mama ingat Pitt yang akan menghantar mama ke kuburan seperti Pittt menghantar arwah baba lebih 20 tahun lalu. Tapi Allah lebih mengetahui,”-Fauziah Nawi melalui laman Facebooknya, seperti yang dilaporkan AWANI.

Di pengakhiran nota yang memilukan itu, Fauziah Nawi turut menulis “Tunggu mama ya Pitt,” yang pasti akan membuatkan sesiapa sahaja membacanya menitiskan air mata.

Jelita juga ingin menyampaikan salam Takziah kepada Fauziah Nawi sekeluarga atas kehilangan ini.

Pemergian Yang Ditangisi

Turut meninggalkan nota terakhir buat Allahyarham adalah isteri kepada Allahyarham sendiri iaitu Farah Ahmad. Farah yang juga seorang pelakon berkongsi luahan tersebut menerusi laman Instagramnya.

“Alhamdullilah. Pitt, Farah dapat iring awak,” berikut adalah luahan Farah buat Allahyarham Pitt Hanif.

Ternyata pemergian Pitt Hanif ditangisi dan dikenang oleh kebanyakan orang. Rata-rata rakan artis turut menyampaikan salam terakhir kepada pengarah yang terkenal dengan filem Coast Guard itu. Antaranya:

Beto Kusyairy

Zahiril Adzim

Nora Danish

Aziz M. Osman

Yuna

Sharifah Amani

Sheila Rusly

Sabri Yunus

Sumber: Facebook, Twitter dan juga Instagram.