Tiada Tandingan, Jihan Musa Menang Persembahan Komedi Terbaik

Watak Kesuma dalam Keluarga Baha Don cukup menghiburkan!

Anugerah Creative Academy Asia milik Jihan!

Jihan Musa, pelakon terkenal Malaysia baru sahaja memenangi anugerah  Persembahan Komedi Terbaik untuk peranannya sebagai Kesuma dalam Siri Original Viu, Keluarga Baha Don di Asian Academy Creative Gala yang diadakan pada Jumaat, 6 Disember 2019 di Victoria Theatre, Singapura.

Jihan sebelum ini telah memenangi Anugerah Komedi Terbaik untuk Malaysia di pusingan serantau Anugerah Asian Academy Creative yang telah diadakan pada Oktober lalu di Cannes, Perancis. Menjadi pemenang serantau melayakkan dia mewakili Malaysia untuk bersaing dengan bakat dari pasaran lain pada pusingan akhir di acara anugerah itu.

Selain itu, Keluarga Baha Don turut membawa pulang trofi Anugerah Asian Academy Creative untuk Program Komedi Terbaik dalam kedua pusingan serantau dan juga akhir.

Viu, perkhidmatan video OTT pan-serantau yang terkemuka dengan lebih daripada 36 juta pengguna aktif bulanan (MAU), telah memenangi 12 anugerah pada pusingan serantau dalam Anugerah Asian Academy Creative 2019, separuh daripadanya telah dianugerahkan kepada Viu Malaysia.

Tonton persembahan Jihan Musa sebagai Kesuma dalam Keluarga Baha Don pada aplikasi mudah alih Viu. Muat turun secara percuma di App Store atau Google Playstore.