Tasha Shilla Kini Bergelar Isteri Ahli Kewangan

Selamat pengantin baru!

Dengan hanya sekali lafaz, pelakon Tasha Shilla kini sah bergelar isteri kepada ahli kewangan, Muhammad Atiq Idris, 33, pada pagi ini di Masjid Wilayah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Tasha Shilla telah diwalikan oleh adiknya, Muhd Rizdwan bin Abd Razak dan telah menerima mas kahwin sebanyak RM800 dan sebentuk cincin. Jumlah wang hantaran pula dirahsiakan.

Perkenalan selama dua bulan semenjak Disember lalu telah membawa pasangan ini ke ikatan yang sah. Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 23 Februari lepas. Tempoh perkenalan selama dua bulan itu turut mendapat sokongan daripada kedua belah pihak keluarga.

Tasha memilih untuk tidak menghebahkan niat mendirikan rumah tangga kerana baginya isu seperti ini lebih peribadi dan cukup hanya dikongsikan bersama keluarga dan sahabat karib sahaja. Tasha juga telah memilih untuk menetap bersama Atiq di Singapura apabila selesai dengan majlis persandingan di sebelah pihak lelaki.

Tasha dan pasangan kelihatan cantik dan kacak dalam persalinan serba putih hasil rekaan pereka terkenal, Hatta Dolmat manakala untuk majlis resepsi pasangan ini yang akan diadakan pada hari yang sama sebelah petang, mereka memilih untuk mengenakan busana tradisional melayu klasik rekaan Zaimi Zulkafli.

Majlis resepsi kedua pihak lelaki akan diadakan pada hujung minggu hadapan.

1 of 13

1 of 13