[Kemaskini] Tahniah! Elfira Loy Selamat Lahirkan Anak Sulung

Comelnya, Muhammad Rayyan Khalaf!

Pelakon, Elfira Loy telah selamat melahirkan bayi lelaki pada Selasa bersamaan dengan 1 Oktober di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan, Selangor.

Berita itu dikongsikan menerusi sebuah video yang memaparkan suami Elfira, Faris Khairol Anwar yang dilihat bersama dengan bayi sulung pasangan itu. Video itu telah dimuat naik ke akaun Instagram milik pelakon tersebut dan saat artikel ini ditulis, ia telah mencecah 1 juta tontonan.

View this post on Instagram

Syukur Alhamdulillah | 1.10.19

A post shared by 25 | 🇲🇾 | (@elfiraloy) on

Di ruang komen video tersebut, ramai peminat dan tidak ketinggalan rakan artis mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut atas kelahiran anak sulung mereka.

Pelakon kecil molek itu turut meluahkan rasa syukur dengan kelahiran cahaya mata sulungnya itu. Persoalan mengenai jantina anak sulung Elfira terjawab apabila adik kepada pelakon itu, Nurul Ezlisa Loy memuat naik paparan skrin dia sedang membuat panggilan video bersama anak buahnya di Insta Story dengan kenyataan yang berbunyi he is cute.

Elfira berkahwin dengan Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019.

Sejam yang lalu, Elfira telah kongsikan di laman media sosialnya nama kepada putera sulungnya. Muhamad Rayyan Khalaf bin Muhamad Faris nama diberi dan bayi seberat 3.68 kg itu kelihatan sangat comel sekali.

Jelita sekali lagi ingin mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan buat Elfira Loy, selamat berpantang!