Sumpah, Naim Daniel Menang Anugerah Juara Lagu Ke-34

Tahniah buat semua pemenang!

Telah berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur, malam tadi telah menyaksikan 12 lagu bertanding untuk merebut gelaran juaran dalam acara tahunan Anugerah Juara Lagu ke-34.

Tahun ini berpihak kepada Naim Daniel dengan lagu ciptaanya sendiri bersama Omar K yang berjudul Sumpah apabila bergelar juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Naib juara pula milik lagu Bangun ciptaan Aman Ra dan Navigator nyanyian Aman Ra. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM35,000 berserta trofi.

Tempat ketiga pula milik lagu Anta Permana ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong dan dinyanyikan oleh Bob Yusof. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM20,000 berserta dengan trofi.

Mendendangkan lagu Kisah Cinta Kita, Hafiz Suip sekali lagi dipilih sebagai pemenang Vokal Terbaik sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM12,000 berserta trofi.

Selain itu, Hafiz turut membawa pulang wang tunai bernilai RM12,000 berserta trofi apabila dia memenangi Persembahan Terbaik menerusi lagu yang sama.

Anugerah Juara Lagu yang ke-34 ini dihoskan oleh Awal Ashaari, Sherry Al-Hadad dan Haziq Hot FM.

Membuka tirai AJL34 adalah pemenang vokal terbaik AJL yang lalu seperti Liza Hanim, Misha Omar, Adibah Noor, Jaclyn Victor, Lah Ahmad, Black dan Hazami. Turut membuat persembahan menampilkan karya balada M. Nasir adalah Ameng Spring, Fredo, Datuk Hattan, Datuk David Arumugam dan Datuk M. Nasir sendiri.

Sumber Gambar: Instagram