Shannen Doherty Dedah Dia Menghidap Kanser Tahap 4

Selain menghadapi kanser tahap empat, dia turut bertarung dengan syarikat insuransnya.

Tampil di ABC News pada Selasa, pelakon berusia 48 tahun itu berkata dia kini mempunyai kanser payudara peringkat empat.

“Berita mengenai kesihatan anda akan keluar dalam beberapa hari atau seminggu, Jadi, kanser saya telah kembali dan itulah sebabnya saya di sini,”- Shannen Doherty, ABC News.

Bintang Charmed itu menyifatkan kanser yang berulang selepas tiga tahun sembuh daripadanya sebagai ‘pil yang pahit untuk ditelan.”

Selama lebih daripada setahun Shannen Doherty secara diam-diam melawan kanser lagi dan terus bekerja termasuk menjalani penggambaran semula “Beverly Hills, “BH90210.”

View this post on Instagram

That smile….

A post shared by ShannenDoherty (@theshando) on

Dia berhadapan dengan berita yang menyedihkan ketika meratapi kematian rakan sekerjanya dalam drama Beverly Hills 90210 pada tahun 2019.

Dia mendapat diagnosis kanser pertamanya pada tahun 2015 apabila dia menyaman pengurusnya, mendakwa rawatannya tertangguh kerana dia tidak dapat mendaftar semula dalam insurans.

Dia telah mendokumentasikan masalahnya bersama pengurus di media sosial, termasuk gambar dia menjalani pemeriksaan di hospital. Penyakit ini telah mencapai tahap empat, kategori paling serius yang biasanya bermakna kanser tersebut telah merebak ke bahagian lain di dalam badan.

Menurut Shannen Doherty lagi, bahawa keadaan kesihatannya mungkin akan didedahkan dalam tuntutan baru terhadap syarikat insuransnya atas kerosakan harta bendanya di kebakaran liar di California pada tahun 2018.

Sumber Gambar: Depositphotos