Selain Putera Harry Dan Meghan Markle, Kerabat Diraja Ini Juga Melepaskan Gelaran Mereka

Demi mencari kebebasan, mereka sanggup melepaskan gelaran diraja yang dimiliki.

Minggu lalu, Putera Harry dan Meghan Markle telah menggemparkan dunia dengan berita pengunduran diri daripada tugasan kerabat Diraja dan kini melepaskan gelaran mereka. Ramai yang masih tertanya bagaimana pasangan itu akan meneruskan kehidupan mereka sebagai rakyat biasa dan berdikari secara kewangan.

Tetapi, mereka bukanlah yang pertama yang melepaskan gelaran Diraja untuk hidup seperti rakyat biasa. Selain Putera Harry dan Meghan Markle, ini lapan kerabat yang turut melepaskan gelaran mereka.

1 of 8

 

 

Puteri Diana

Mendiang ibu kepada Putera Harry, Puteri Diana atau lebih dikenali sebagai “People’s Princess” kerana sikap kemanusiaan dan dermawan yang ditunjukkannya. Dia telah membentuk semula monarki United Kingdom, bertujuan untuk menjadikannya lebih moden dan mudah didekati orang ramai. Tetapi apabila Puteri Diana dan Putera Charles bercerai pada tahun 1996, dia tidak lagi menjadi ahli keluarga Diraja. Namun, dia tetap memegang gelarannya sebagai Princess of Wales dan meneruskan usaha amal yang menyentuh soal gelandangan, HIV dan AIDS dan mengharamkan peledak yang ditanam di dalam tanah.

1 of 8