Sekuel Train To Busan Akan Ditayangkan Ogos Ini

Berlaku empat tahun selepas kejadian Train to Busan.

Siapa peminat filem zombi? atau lebih tepat lagi siapa peminat filem zombi Korea, Train To Busan yang dibintangi oleh Gong Yoo? Ini berita baik untuk anda. Filem hit 2016 itu bakal mengeluarkan filem sekuelnya, ‘Peninsula’.

Pengarah Yeon Sang Ho telah mengumumkan tarikh tayangan perdana untuk filem sekuel tersebut. Menurut laporan daripada Soompi, pengarah filem tersebut berkata filem itu “secara khusus” akan ditayangkan pada 12 Ogos 2020.

Filem seram seram yang ditayangkan pada 2016 itu telah memecahkan beberapa rekod filem Korea selatan termasuk filem pertama yang meraih keuntungan tertinggi dalam masa sehari. Train To Busan juga adalah filem pertama pada tahun itu di Korea untuk menarik lebih 10 juta box office.

Filem sekuel ini menampilkan wajah baru iaitu Kang Dong Won, Lee Jung Hyun, Lee Re, Kwon Hae Hyo, Kim Min Jae dan Goo Kyo Hwan. Ia berkongsi pandangan dunia yang sama seperti filem sebelumnya dan mengisahkan apa yang berlaku di semenanjung selepas empat tahun kejadian Train to Busan di mana ke semua watak dalam filem ini berusaha untuk meninggalkan Korea selepas di ambil alih oleh zombi.

Sumber Gambar: Instagram