Pernah Cuba Bunuh Diri, Goo Hara Ditemui Mati Di Rumahnya

Hara adalah selebriti ketiga Korea yang mati pada tahun ini!

Pelakon dan penyanyi Korea Selatan, Goo Hara ditemui tidak lagi bernyawa di kediamannya pada jam enam petang Ahad, 24 November lalu dan berita itu disahkan sendiri pegawai polis daripada daerah Gangnam, di Korea. Punca kematian masih lagi dalam siasatan.

Hara turut dikenali sebagai bekas ahli kumpulan KPop, Kara yang disertainya pada 2008. Sejak meninggalkan kumpulan tersebut pada 2016, wanita ini telah muncul di kaca televisyen dan menerbitkan muzik sendiri.

View this post on Instagram

잘자

A post shared by 구하라 (@koohara__) on

Kali terakhir dia mengemaskini laman Instagramnya adalah pada Sabtu lalu. Dia telah memuatnaik gambar dirinya di atas katil dengan kenyataan, “Good night” yang bermaksud Selamat Malam dan dikongsikan dengan 1.5 juta pengikutnya.

Hara telah menandatangani kontrak dengan agensi pengurusan di Jepun pada awal tahun ini dan telah menerbitkan lagu berjudul Midnight Queen pada awal bulan ini.

Syarikat pengurusan Hara turut mengeluarkan kenyataan mengenai berita kematian penanyi tersebut:

“Hello,

Kami di sini adalah untuk menyampaikan berita yang tragik dan malang ini.

Keluarga dan rakan kepada Goo Hara sangat terkejut dan berasa gusar pada masa sekarang.

Oleh itu, kami berharap anda untuk tidak menulis artikel spekulatif dan menyebarkan khabar angin.

Di samping itu, kami meminta agar pihak media dan peminat untuk tidak membuat panggilan takziah.” – Production Orgi.

View this post on Instagram

그 세상에서 진리가 하고 싶은 대로 ..

A post shared by 구하라 (@koohara__) on

Goo Hara juga adalah teman baik kepada Sulli yang baru-baru ini turut ditemui meninggal dunia di kediamannya pada 14 Oktober lalu.

Cubaan Bunuh Diri

Pada 26 Mei lalu, bekas ahli kumpulan Kara itu telah ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya selepas dilaporkan cuba untuk membunuh diri pada malam sebelumnya. Dia ditemui oleh pengurusnya di dalam bilik yang dipenuhi asap dan dia terus dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Berikutan daripada kejadian itu, Hara telah mengeluarkan kenyataan menerusi wakilnya mengenai kesihatannya.

Pada bulan September 2018, Hara telah memfailkan saman terhadap bekas teman lelakinya setelah lelaki itu membuat ugutan untuk menghancurkan kerjayanya dengan menularkan video lucah yang dikatakan ada kaitan dengan penyanyi tersebut.

Bekas teman lelaki Hara telah diberikan hukuman penjara pada Ogos kerana melakukan penderaan fizikal selain dakwaan mengugut penyanyi tersebut.

Upacara memberikan penghormatan terakhir penyanyi itu telah diadakan di Yonsei Severance Hospital Funeral Hall pada jam lapan pagi tadi dan peminat serta pihak media diminta untuk tidak mengunjungi lokasi tersebut untuk memberikan ketenangan kepada keluarga dan rakan selebriti tersebut.

View this post on Instagram

🌸

A post shared by 구하라 (@koohara__) on

Menurut agensi Hara, peminat dan pihak media boleh memberikan penghormatan terakhir pada penyanyi itu di Dewan 1, St. Mary’s Funerall Hall di daerah Gangnam bermula jam tiga petang ini sehingga tengah malam pada 27 November 2019.