Jika anda peminat kumpulan KPOP terkenal, BTS, sudah pasti berita ini akan menggembirakan anda. Pada 17 Julai lalu, tepat pada jam 8 pagi, dua barangan versi BTS iaitu anak patung dan UNO edisi khas secara rasminya telah disediakan untuk pra-jualan di seluruh dunia.
Kedua barangan ini boleh didapati dalam talian dan akan dijual di kedai peruncit utama pada akhir bulan ini. Selepas pengumuman pra-jualan ini dibuat oleh Mattel Global pada Rabu lalu, ARMY kini boleh mendapatkan keseluruhan koleksi BTSxMattel Fashion Dolls yang diinspirasikan daripada video muzik kumpulan tersebut, “IDOL.”
Selaras dengan tarikh jualan pra-global, Toys “R” Us Malaysia telah membuka pra-jualan di laman web rasmi jenama tersebut. Anak patung BTS IDOL dan UNO BTS edisi khas boleh dipesan terlebih dahulu pada harga RM 104.90 untuk setiap anak patung dan RM 25.90 untuk UNO edisi khas.
Kedai lain seperti Hamleys, Isetan, SOGO, Robinsons, Tesco, Kedai Buku Popular, 7-Eleven, MyNews, Metrojaya dan Lazada Mattel e-Store akan mulakan jualan anak patung dan UNO ini pada 15 Ogos seterusnya.
Nantikan pameran bergerak di Lembah Klang dari Ogos hingga September ini. Bermula dari 5:30 petang hingga 7:30 petang pada 15 September, peminat boleh berkumpul di hadapan pintu Pavilion Kuala Lumpur untuk paparan LED interaktif khas. Paparan selama dua jam ini akan menampilkan skrin interaktif di mana anda boleh mengambil gambar bersama idol kegemaran.