Pelawak Terkenal, Abam Bocey Meninggal Dunia

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham.

Berita sedih mula menyelubungi industri hiburan negara apabila Abam yang juga anggota kumpulan Bocey dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada hari ini.

Berita itu disahkan oleh adik kepada Abam iaitu Ali yang juga seorang pelawak.

 

Menurut isteri, Nor Hidayah dalam satu laporan Astro Awani, beberapa hari lalu Allahyarham demam dan mengadu sakit kepala tetapi bila diajak ke hospital, Arwah menolak.

Tambah Nor Hidayah lagi, Allahyarham memberitahu cuma demam dan sakit kepala biasa dan apabila dia cuba mengejutkan Arwah untuk solat subuh, tiada tindak balas daripadanya.

Abam yang juga nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan berkahwin dengan Nor Hidayah pada tahun 2017 dan pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.

Berita mengejutkan itu turut dikongsikan oleh dua ahli kumpulan Bocey iaitu Fad dan Acey menerusi laman Instagram mereka.