Nor ‘Phoenix’ Diana Tersenarai Dalam Forbes 30 under 30 Asia

Tahniah!

Ahli gusti wanita Malaysia, Nor ‘Phoenix’ Diana telah disenaraikan dalam Forbes 30 Under 30 Asia tahun kelima.

Senarai itu menampilkan 300 usahawan muda, pemimpin dan pencetus perubahan di seluruh Asia dan semuanya berusia bawah 30 tahun dengan 30 individu dipilih bagi setiap daripada 10 katergori.

Nor Diana adalah wanita pertama memenangi kejohanan Gusti Pro Malaysia Wrestlecon (MyPW) Julai lalu dan dia terpilih di bawah Kategori Sukan dan Hiburan.

Kategori lain termasuk Seni (Seni dan Gaya, Makanan dan Minuman); Kewangan dan Modal Teroka; Media, Pemasaran dan Pengiklanan; Runcit & E-Dagang; Teknologi Perusahaan; Industri, Pembuatan dan Tenaga; Penjagaan Kesihatan dan Sains; Usahawan Sosial dan Teknologi Pengguna.

Antara yang tersenarai pada tahun ini termasuk kumpulan muzik K-pop wanita, Twice dan pelakon wanita Park So Dam yang membintangi filem Parasite dari Korea Selatan.

Senarai ini menampilkan senarai 30 Under 30 Asia yang pelbagai, dengan membabitkan 22 negara dan wilayah, mewakili rantau Asia-Pasifik.

Tahniah diucapkan kepada Nor ‘Phoenix’ Diana.

Sumber Gambar: Instagram