NJWA Ketengahkan Cinta Antara Kaum Dalam Video Muzik “Take Love Back”

Turut menampilkan pelakon filem SEPET

Penerbit lagu R&B alternatif, NJWA atau Najwa Mahiaddin telah menyerlahkan cinta antara kaum dalam muzik video single terbarunya, “Take Love Back’ yang telah dikeluarkan pada awal tahun ini.

Dia yang terkenal dengan tempo lagu R&B, mengambil peluang dari muzik video ini untuk menerangkan tentang cabaran dan subjek cinta dan kasih sayang antara kaum yang berbeza agar ia dapat mencetuskan lebih banyak perbualan terbuka mengenai isu ini.

Kenyataan sosial mengenai kod budaya, identiti dan pandangan budaya Malaysia, muzik video ini adalah satu video menarik yang menggalakkan penonton untuk meneroka bait lirik lagu dan turut merasai pengalaman hubungan antara kaum yang berbeza.

“Dengan lagu seperti “Take Love Back,” ia adalah penting jika video muzik ini mewakili intipati lagu dan dapat menyampaikan apa yang saya rasakan mengenai perkara ini. Walau negara Malaysia bangga dengan budaya, kepelbagaian kaum dan etnik tetapi kita masih jauh dari segi toleransi dan pemahaman,”- NJWA.

Diarahkan oleh jurugambar, Nadirah Zakariya, karya yang telah dipamerkan di Ilham Gallery dan dipaparkan di Vogue Italia; dan dihasilkan oleh pembuat filem, Junad M. Nor, tema video muzik ini berdasarkan kisah perjuangan dalam kepercayaan dan hubungan pelbagai kaum dan agama yang menampilkan penari Grace Ng dan Nabil Zakaria yang bijak menggambarkan naratif lagu melalui tarian.

Dirakam di teater pawagam bersejarah yang baru ditukar, REXKL, video itu juga menampilkan penampilan khas oleh bintang filem tempatan yang terkenal tentang cinta antara kaum Sepet (2005) yang diarahkan oleh Alyarhamah Yasmin Ahmad iaitu Sharifah Amani dan Ng Choo Seong.

Video muzik ini telah dijayakan oleh REXKL, Melinda Looi, Eden Catering Sdn Bhd dan Nars Malaysia. Jom tonton video muzik di bawah ini.