Memperkenalkan 18 Finalis Miss Universe Malaysia 2020!

Salah seorang daripada mereka bakal dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2020.

Pertubuhan Miss Universe Malaysia (MUMO) telah mengumumkan 18 finalis yang akan bertanding untuk merebut gelaran Miss Universe Malaysia 2020.

Menurut Pengarah Kebangsaan MUMO, Datin Elaine Daly, 18 peserta finalis dari seluruh Malaysia ini dipilih bukan hanya kerana raut wajah mereka tetapi kerana mereka memiliki sesuatu yang istimewa – kekuatan, keazaman dan cita-cita yang tinggi.

“Beauty Beyond You” adalah tema pertandingan untuk MUMO kali ini. Pertandingan ini memberikan peluang kepada 18 gadis ini untuk memperjuangkan kesedaran yang mereka minati menerusi platform Miss Universe Malaysia. Menerusi pertandingan ini, 18 peserta ini berpeluang untuk belajar perkara baru dan pengalaman yang tidak ternilai yang sentiasa kekal dengan mereka seumur hidup.

Kini, mereka sedang menjalani Minggu Camp Boot, tinggal bersama dan menjalani satu siri sesi latihan termasuk makeovers, latihan catwalk, sesi kecergasan, bengkel solekan, sesi fotografi dan beberapa cabaran lain. Pertandingan ini dijangka akan menjadi sengit dan semua peserta perlu mempunyai semangat dan mental yang kuat untuk melewati minggu yang meletihkan ini.

Sesi para finalis ini akan disiarkan dalam rancangan dalam talian, ‘The Next Miss Universe Malaysia 2020’ yang terdiri daripada 18 episod profil peribadi mereka yang akan disiarkan mulai 23 Januari 2020, diikuti 10 episod perjalan mereka yang membawa kepada peringkat akhir Miss Universe 2020 dalam saluran gaya hidup dalam talian, www.hurr.tv. Episod web ini juga boleh didapati di saluran YouTube Pertubuhan Miss Universe Malaysia (MUMO) dan aplikasi mudah alih hurr.tv.

Pemahkotaan Miss Universe Malaysia 2020 akan berlangsung pada 5 Mac 2020 di The Majestic Hotel Kuala Lumpur. Sebagai Miss Universe Malaysia 2020, pemenang akan mendapat peluang seumur hidup untuk melancong ke luar negara mewakili negara di pertandingan Miss Universe pada masa dan lokasi yang akan diberitahu kelak. Di samping itu, pemenang juga akan menerima hadiah wang tunai dan hadiah tajaan dengan nilai gabungan RM180,000 dan biasiswa pendidikan penuh dar HELP Universiti.

Jadi, mari berkenalan dengan 18 peserta Miss Universe Malaysia 2020.

1 of 18

Adelina Chan Yi Ling, 26 Tahun

1 of 18