Maya Matahari Meninggal Dunia

Takziah diucapkan kepada keluarga arwah.

Penyanyi dan pelakon, Maya Matahari, 43 tahun dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 4 petang semalam.

Maya atau nama sebenarnya, Myanaliza Ruslee menghidap penyakit kanser sarcoma tahap empat sejak beberapa tahun lalu.

Berita kematian penyanyi itu disahkan sendiri oleh rakan baiknya, Nurzana Malik dan Arwah dikatakan menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya ketika dalam perjalan ke sebuah hospital swasta di Sungai Buloh.

“Arwah sudah lama menderita penyakit kanser sarcoma. Keadaan kesihatannya semakin merosot selepas menyertai program realiti, Gegar Vaganza (GV) musim kelima pada 2018,”- Nurzana Malik, Berita Harian

Tambahnya lagi, arwah baru pulang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di China, bulan lalu. Dan sebelum mendapatkan rawatan di China, keadaan kesihatan arwah terjejas teruk dan pergerakannya pula terbatas.

Menurut Nurzana lagi, arwah banyak menyepikan diri dan enggan mendedahkan penyakit kerana tidak mahu netizen menganggap dirinya menagih simpati dan cuba meraih populariti.

Selepas mendapatkan rawatan di China, kesihatan arwah dikatakan semakin pulih namun siapa dapat menyangka arwah tiba-tiba sesak nafas dan akhirnya meninggal dunia.

Sumber: BH Online
Sumber Gambar: Instagram