Kilafairy Berubah, Tidak Lagi Kelihatan Seksi!

Selamat tinggal 'seksi!'

Sama seperti cantik, perkataan seksi itu juga sangat subjektif. Bagi selebriti dan usahawan, Kilafairy yang terus kukuh dengan empayar perniagaan makanan tambahan, KILAFIT turut mempunyai pandangannya tersendiri terhadap istilah seksi.

Anak kepada Rohana Jalil yang juga penanyi era 1980-an itu sememangnya sinonim dengan istilah seksi berkenaan. Turut mendapat gelaran Angelina Jolie Malaysia, Kilafairy adalah antara selebriti yang dikatakan mempunyai bentuk badan dan bibir seksi lagi menggiurkan.

Namun, jika anda perasan terutama di laman Instagram miliknya, Kilafairy sebenarnya sudah ‘berubah’ atau lebih tepat perkongsian gambarnya juga tidak seperti kebiasaan.

Ya… Kilafairy tidak lagi kelihatan seksi dan itu antara komen popular yang mula diperkatakan. Tidak kurang juga ada yang mengandaikan perubahan imej itu adalah disebabkan oleh hatinya yang sedang berbunga mengenali jejaka bernama Sa’aid Umar Aiman dan kononnya keduanya sedang menuju ke fasa perkahwinan.

Menurut Kilafairy, perubahan yang dialaminya itu seiring dengan kematangan diri. Ia adalah seperti isyarat atau panggilana kepada diri sendiri. Baginya lagi, hidup ini perlu sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dan memperbaiki diri.

“Step by step… InsyaAllah. Berkat doa ibu bapa juga. Sempena tahun baharu, 2020 ini saya mahu mulakan sesuatu yang segar dan bersih. Saya cuba elak atau tak mahu lagi orang di luar sana nampak diri ini dengan terjemahan seperti… ‘oh, badan dia cantik mahupun seksi!'”- Kilafairy.

Penyanyi lagu Put The World ini lebih selesa jika peminat dan mereka yang di luar sana melihatnya daripada suduh bakat yang dimilikinya selain usaha untuk terus menjadi usahawanita yang berjaya.

“Saya mahu memberi contoh yan baik kepada penyokong dan mereka yang menggunakan KILAFIT. InsyaAllah. Saya juga mahu menjadi insan yang lebih baik. Sebenarnya sudah tujuh bulan saya cuba menjaga penampilan dan sebagainya. Lagipun saya bukan makin muda. Lebih mengujakan perkara ini tanpa diduga membuka mata sendiri dan pasukan KILAFIT mengenai visi dan misi perniagaan kami.”

Tambahnya lagi, perubahan imejnya itu juga seiring dan selaras dengan apa yang mahu diperjuangkan KILAFIT lagi denganperkembangan agen dan stokis jenama berkenaan yang semakin meningkat.

“Saya bukan saja sayang dan kasihan dengan haiwan. Namun turut bersimpati dengan orang dan persekitaran yang melanda dunia. Termasuk isu umat Islam Uighur di China yang ditindas dan krisis kebakaran hutan di Australia baru-baru ini. Serta terbaru isu Coronavirus yang menggemparkan dunia. Jadi berbalik kepada situasi sendiri terutama apabila Mama (Rohana Jalil) berdepan kesan sampingan yang teruk daripada produk yang digunakan, saya yakin hal sama juga terjadi kepada orang lain hingga menjadi mangsa. Maka sebab itu juga saya bangkit memulakan perniagaan KILAFIT sejak setahun lebih yang lalu kerana mahu berikan solusi penurunan berat badan terbaik tanpa kesan sampingan. Alhamdulillah misi itu berjaya dicapai menerusi testimoni yang menggunakan produk saya secara konsisten. Pelanggan dan pengguna produk saya boleh turun berat badan dengan selamat secara purata lapan kilogram dan lebih dalam tempoh sebulan.”

Tambahnya lagi, soal menjaga penampilan, bentuk badan mahupun kecantikan bukan semata-mata dilihat daripada luaran. Bab dalaman juga harus dititikberatkan. Menerusi pengamatan dan pembacaan yang dilakukannya, penyanyi cantik itu cukup bimbang dengan kes kematian akibat berat badan berlebihan dan hal sebegini yang menggerakkannya dan pasukan kerja untuk menetapkan misi baru KILAFIT dalam membantu orang ramai mencegah masalah kesihatan akibat berat badan berlebihan.

Menurutnya, KILAFIT bukanlah mahu menjual konsep ‘seksi’ dan kurus semata-mata, sebaliknya ia diasaskan untuk membantu mereka yang menghadapi masalah kesihatan dan mengharapkan masa depan yang lebih baik.

“Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Kurus atau seksi itu cukup subjektif dan mungkin dilihat penting untuk meningkatkan keyakinan diri bagi sesetengah daripada kita. Namun di KILAFIT tiada gunanya semua itu jika kesihatan dalaman tidak dijaga. Keseimbangan dalaman dan luaran itu paling penting. Itulah juga misi dan azam KILAFIT pada tahun ini serta mendatang. Ia juga seiring dengan imej saya kini. Tagline KILAFIT juga menekankan peri penting Versi Terbaikmu.”

Menurut Kilafairy lagi, KILAFIT bukan sahaja membantu daripada sudut kesihatan, tetapi turut membantu khalayak ramai menerusi sudut taraf kehidupan melalui platform usahawan Agen dan stokis KILAFIT.