Kasut Kahwin Neelofa Dilakar Oleh Giuseppe Zanotti

Cantiknya kasut kahwin Neelofa.

Personaliti dan usahawan fesyen popular, Neelofa telah bersiaran langsung bersama pereka kasut terkemuka dunia, Giuseppe Zanotti.

Walaupun berada dalam zon masa yang berbeza, Neelofa dan Giuseppe tetap meluangkan masa bersama untuk berbicara mengenai dunia fesyen, sisi kreatif masing-masing dalam menerbitkan rekaan selain turut menyentuh mengenai sambutan Ramadan dan kesan wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia.

“Seronok dapat bertemu dengan kamu. Saya sedar yang Malaysia sedang menyambut bulan Ramadan sekarang. Justeru, saya berharap agar semuanya berada dalam keadaan baik. Semoga mendapat Ramadan yang diberkati,” ujar Giuseppe Zanotti membuka bicara.

Dalam sesi siaran langsung tersebut, Neelofa bertanya bagaimana pereka fesyen itu kekal kreatif dalam situasi yang memerlukan kebanyakan orang berkurung di rumah.

Jawab Giuseppe, ‘Saya sentiasa berhubung dengan team saya. Facetime, Zoom dan Skype sudah menjadi sebahagia daripada rutin harian. Buat masa ini, kami sedang menghasilkan koleksi SS21 yang boleh saya sifatkan sebagai lebih terperinci dan fokus. Bekerja adalah eskapisme saya sepanjang tempoh ini dan ia membenarkan saya untuk bermimpi dan memberi perhatian serta fokus terhadap kecantikan.”

Tambahnya lagi, situasi sekarang telah memperlahankan segala hal, kurangnya kekeliruan, banyaknaya kesunyian dan dia mempunyai masa untuk bermuhasabah. Tempoh ini juga memberikan dia peluang untuk berhubung dengan diri sendiri sehingga mencetuskan kreativiti.

Giuseppe turut memberitahu bahawa minatnya terhadap kasut bermula apabila dia melihat seorang wanita menggayakan gaun dengn kasut hodoh di kaki. Dan kini, dia adalah salah seorang pereka kasut terkenal yang pernah berkolaborasi dengan beberapa selebriti antarabangsa lain iaitu Jennifer Lopez, Rita Ora dan Kanye West.

Sebaik sahaja selesai bercerita mengenai hal rekaan dan kreativiti, Giuseppe secara spontan melakarkan kasut kahwin untuk Neelofa.

Berusia 63 tahun, selain daripada kasut, Giuseppe Zanotti turut mereka tas tangan dan juga barang kemas. Barangan mewah Giuseppe dihasilkan menerusi syarikatnya, Vicini S.p.A dan diedarkan di 72 buah negara di seluruh dunia.