Justin Dan Hailey Bieber Dedah Cincin Kahwin Di Instagram

Romantiknya Justin dan Hailey Bieber!

Peminat Justin Bieber dan Hailey Baldwin bersorak kegembiraan saat pasangan romantik itu berkongsi gambar perkahwinan mereka yang diadakan pada malam Isnin lalu di laman media sosial, Instagram.

Pasangan itu sebelum ini berkahwin di mahkamah bandar New York pada tahun lepas telah berkongsi gambar tersebut pada petang Selasa di Instagram ketika para tetamu mula meninggalkan Montage Palmetto Bluffs di South Carolina selepas majlis perkahwinan mereka yang telah berlangsung selama tiga hari itu.

Dalam gambar tersebut, kelihatan model, Hailey Baldwin-Bieber kelihatan mempesonakan dengan rambutnya diikat dalam ikatan sanggul yang mempamerkan anting-anting berlian Tiffany & Co lebih daripada lima karat. Kedua pasangan itu dilihat memakai cincin perkahwinan daripada jenama barang kemas terkenal iaitu Tiffany & Co. Cincin daripada emas kuning itu dipilih untuk melambangkan perkahwinan mereka.

Untuk Hailey, cincin kahwinnya direka dengan Tiffany Soleste® band ring dalam emas 18k dengan berlian dan Tiffany Soleste V ring dalam emas 18 k dengan berlian. Bagi Justin pula, cincinnya adalah Tiffany Classic™ wedding band ring dalam emas 18k berukuran 4.5 mm.

Masjlis perkahwinan kedua pasangan ini turut dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan rapat pasangan tersebut antaranya, Kylie Jenner bersama anaknya, Stormi, Kendall Jenner. Tidak ketinggalan ibu mereka, Kris Jenner yang hadir bersama pasangannya.

 

Kris, Kylie, Stormi bersama pasangan Kris Jenner

Kendall Jenner bersama rakan modelnya