Jennifer Aniston Pecah Rekod Instagram

Sejuta pengikut di Instagram dalam masa lima jam 16 minit

Jennifer Aniston telah berjaya menggegarkan Instagram hanya selepas beberapa hari bintang siri televisyen popular, FRIENDS itu membuka akaun media sosialnya sendiri. Dia berjaya mengalahkan Meghan Markle dan Putera Harry dan sekali gus merampas takhta Guinness World Record dalam mendapatkan sejuta pengikut Instagram dalam masa yang singkat (Aniston berjaya melakukannya dalam masa lima jam dan 16 minit).

Gambar: TPGimage

Pengikut Aniston kini sudah mencecah 13 juta. Dalam statusnya yang kedua, Aniston memohon maaf kepada pengguna Instagram kerana secara tidak sengaja menyebabkan masalah kepada platform sosial media itu.

Menurut laporan daripada CNN, jurucakap Instagram mengesahkan bahawa debut Instagram Aniston telah menyebabkan aplikasi itu mengalami gangguan sedikit. Ramai pengguna Instagram mengalami masalah untuk mengikuti akaun milik pelakon itu.

Salah satu komen Aniston yang menjelaskan status hubungan karakternya dalam siri televisyen, Friends, Rachel Green bersama dengan Ross Geller. Bekas Bachelorette, Kaitlyn Bristowe meminta Aniston untuk menjelaskan sama ada Ross dan Rachel masih bersama. Aniston menjawab, “Well, we’re on a break,” dan hanya dengan komen itu, Aniston telah berjaya meraih 31,000 likes dan ia telah menjadi tular di E!, People dan banyak lagi.

Aniston turut muncul di Jimmy Kimmel Live malam semalam, dia mana dia menggambarkan dirinya sebagai seorang yang paling tidak berminat untuk menyertai Instagram. Apabila ditanya Kimmel, mengapa dia akhirnya menyertai Instagram, pelakon jelita itu menjawab, dia sendiri tidak tahu mengapa.

Dia juga mengesahkan bahawa sebelum dia mempunyai akaun Instagram rasmi, dia mempunyai akaun rahsia yang digunakan untuk ‘menghendap’ tetapi akhirnya dia membuat keputusan untuk memulakan akaun Instagram yang rasmi.