#COVID19: Ini Senarai Selebriti Yang Positif Covid-19

Sesiapa sahaja boleh dijangkiti jika tidak ambil langkah berjaga-jaga.

Selebriti dan personaliti terkenal, mereka sama seperti manusia biasa yang lain dan boleh berjangkit dengan wabak Coronavirus yang semakin berleluasa.

Berikut adalah senarai selebriti yang disahkan positif dengan wabak berbahaya itu.

Tom Hanks Dan Rita Wilson

Tom Hank berkongsi berita tentang dirinya dan isteri disahkan positif dengan Covid-19 menerusi akaun Instagram miliknya. Pasangan selebriti itu berkata mereka mengasingkan diri ketika berada di Australia selepas disahkan positif untuk ujian Covid-19. Pasangan itu telah meninggalkan hospital lima hari selepas dimasukkan tetapi mereka tetap mengasingkan diri di sebuah rumah sewa di Australia.

Idris Elba

Bintang The Wire itu disahkan positif dengan Covid-19 pada Isnin lalu. Menurutnya, dia tidak merasakan sebarang simptom tetapi telah mengasingkan diri setelah mengetahui keadaannya. Pelakon berusia 47 tahun itu juga menasihatkan orang ramai untuk tinggal di rumah dan jadi pragmatik.

Kristofer Hivju

Bintang Game of Thrones yang melakonkan watak Tormund Giantsbane disahkan positif dengan Covid-19 dan kini sedang mengasingkan diri di kediaman bersama keluarganya. Menurutnya, keadaannya baik-baik sahaja dan mempunyai simptom selesema yang ringan. Dia turut menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati dan sentiasa menjaga kebersihan, jarakkan diri dengan orang lain sebanyak satu hingga lima meter dan sebagainya.

Rachel Matthews

Pelakon berusia 26 tahun yang membintangi filem Frozen 2 untuk suara latar watak Honeymaren ini turut mendedahkan dia positif Covid-19 melalui akaun Instagramnya Isnin lalu. Dia juga memberitahu bahawa dia telah mengasingkan dirinya sepanjang minggu lalu.

Olga Kurylenko

Pelakon berusia 40 tahun yang terkenal dengan wataknya sebagai gadis Bond di samping Daniel Craig dalam filem 007: Quantum of Solace memberitahu dia telah dikuarantin di rumah selepas disahkan positif untuk Covid-19. Tambah pelakon itu lagi, dia sebenarnya sudah sakit selama seminggu. Demam dan keletihan antara simptom utamanya.

Sophie Trudeau

Isteri Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, Sophie Trudeau telah disahkan positif dengan Covid-19. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Trudeau, Sophie telah mengambil langkah berjaga-jaga dan simptomnya masih lagi ringan. Pasangan ini kini sedang mengambil nasihat doktor dengan menjalani 14 hari pengasingan.

Sumber Gambar: Instagram dan Depositphotos