Farah Ann Banggakan Negara Dengan Pingat Emas

Tahniah Farah Ann!

Memang sesuai dengan gelarannya sebagai Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi sekali lagi telah membanggakan negara Malaysia dengan memberikan permulaan cemerlang untuk pasukan gimnastik artistik wanita negara di Sukan SEA ke-30. Dia dan seorang lagi ahli pasukannya, Tan Ing Yueh telah berjaya meraih pingat emas dan gangsa dalam acara ‘all-round’.

Atlet cantik itu telah memberikan persembahan bertenaga di Rizal Memorial Coliseum sekali gus mengungguli keseluruhan acara dengan mengumpulkan 48.05 mata selepas menamatkan empat rutin.

Baca Juga: 12 Fakta Menarik Tentang Atlet Gimnastik Negara, Farah Ann

Memulakan persebahan dengan 12.55 mata pada melombol dan 12.45 mata untuk palang bertingkat, Farah yang sudah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, kelihatan sedikit gugup pada rutin batang titian dan hanya mengutip 9,550 mata.

Bagaimanapun, itu tidak menggugat semangat atlet berusia 25 tahun itu dan mula memukau penonton dengan gerakannya pada acara senam lantai dan mengutip 12.50 mata sekali gus meraih emas kelimanya, yang pertama dalam acara all-event dan menambah koleksi pingat untuk pasukan Malaysia.

View this post on Instagram

Tokyo 2020 πŸ‡²πŸ‡Ύ

A post shared by Farah Ann Abdul Hadi (@farahann94) on

Pingat perak diraih oleh gimnas Indonesia, Rifda Irfanaluthfi dengan 47.80 mata keseluruhan dan diikuti oleh Ing Yueh dengan 46.90 mata, sekali gus menjadikan dua atlet Malaysia berjaya berdiri di atas podium.

Farah Ann turut akan dalam acara melombol dan palang bertingkat individu wanita. Jelita ingin mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat Farah Ann dan kesemua atlet Malaysia yang bertanding di Sukan SEA.

Sumber gambar: Instagram dan Twitter Farah Ann Abdul Hadi