Datuk Seri Siti Nurhaliza Antara Penyanyi Wanita Paling Popular Di Joox

Tiga teratas selain Ariana Grande dan Billie Elish!

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya. Inilah masanya untuk imbas kembali senarai lagu dan penyanyi paling didengari sepanjang tahun ini.

Platform muzik terkenal, Joox baru-baru ini kongsikan senarai muzik dan lagu paling terkenal sepanjang 2019. Paling membanggakan, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut tersenarai bersama dengan dua penanyi antarabangsa iaitu Ariana Grande dan Billie Ellish. Mari lihat senarai penuh ini.

Tiga Artis Lelaki Dengan Jumlah Stream Paling Tinggi:

  • Alan Walker
  • Ed Sheeran
  • Shawn Mendes

Tiga Artis Wanita Dengan Jumlah Stream Paling Tinggi:

  • Ariana Grande
  • Billie Ellish
  • Datuk Seri Siti Nurhaliza

Tiga Kumpulan Dengan Jumlah Stream Paling Tinggi:

  • BTS
  • Blackpink
  • Seventeen

Senarai 10 Lagu Dengan Jumlah Stream Paling Tinggi (Tanpa Turutan Tertentu):

  • On My Way– Alan Walker ft Sabrina Carpenter
  • Sumpah– Naim Daniel
  • Kill This Love– BlackPink
  • Señorita– Shawn Mendes ft Camila Cabello
  • It’s You– Ali Gatie
  • Alalala Sayang– Azarra Band
  • Kisah Cinta Kita– Hafiz Suip
  • Boy With Luv– BTS
  • Moonlight– Ali Gatie
  • Donde– Andi Bernadee

Sehingga hari ini, Joox telah menjemput 66 artis untuk menyanyi bersama dengan peminat mereka melalui fungsi Karaoke Joox. 1,273,621 lagu karaoke telah dimuat naik ke Joox sepanjang 2019. Selain itu, sejumlah 295,983 hadiah, bersamaan dengan RM59,012.93, telah dihantar peminat ke “karaoke diva” tersembunyi di Joox.

Senarai Lima Lagu Paling Banyak Dinyanyikan:

  1. Kemarin – Seventeen
  2. Cinta Luar Biasa – Andmesh Kamaleng
  3. Sumpah – Naim Daniel
  4. Perasaanku – Fieya Julia
  5. Kisah Cinta Kita – Hafiz Suip

Nikmati muzik kegemaran anda dan persembahan secara langsung pada bila-bila masa, di mana sahaja dengan memuat turun Joox di telefon bimbit dan desktop melalui Apple App Store dan Google Play Store, atau laman JOOX .

Sumber Gambar: Instagram