Datin Rebecca Nur Al-Islam Lamar 5 Anak Datin Zizie Ezette Jadi Duta

Persahabatan antara dua selebriti ini harus menjadi contoh.

Persahabatan dua selebriti terkenal, Rebecca Nur Al Islam dan Zizie terjalin sejak lebih sedekad lalu.

Keduanya juga dilihat berkongsi minat dan memikul tanggunjawab yang sama iaitu bergelar isteri dan ibu. Selain itu, kedua mereka turut menyokong dalam banyak aspek. Bahkan mereka juga dilihat sanggup memperlahankan rentak dunia lakonan demi memberikan tumpuan kepada rumah tangga yang dibina.

Jadi, tidak hairan jika Rebecca membuat keputusan untuk melamar Zizie sendiri demi menyunting lima cahaya matanya untuk menjadi duta produk IQ Super keluaran syarikan Datin Rebecca, Anggun & Anggerik (M) Sdn Bhd.

IQ Super adalah suplemen revolusi baru yang dilancarkan hari ini untuk tumbesaran kanak-kanak yang bijak, cergas dan ceria dan ia adalah produk keenam keluaran syarikat milik Rebecca Nur Al Islam.

Menurut Zizie, dia menerima tawaran ini kerana selain daripada menyenangi Rebecca, ini juga adalah peluang untuk kelima anaknya membuat simpanan dari usia muda kerana sudah pandai mencari wang.

Kata isteri kepada ahli politik, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin ini, dia mengenali Rebecca sebelum berkahwin lagi. Dirinya yang sukar untuk menerima orang asing dalam hidupnya, akui cukup senang dengan sikap prihatin Rebecca yang rajin meluangkan waktu bersama dan kalau dia sedang sakit, kawannya itu akan bawakan makanan.

Zizie juga akui memilih untuk memberi sepenuh tumpuan kepada anak dan rumah tangga dan mengetepikan dulu perihal minat berlakon.

Bagi Rebecca pula, pemilihan lima anak kepada Zizie adalah tepat kerana produk ini memfokuskan kepada kanak-kanak dan peranan ibu untuk terus memastikan yang terbaik untuk anak mereka. Oleh itu, baginya, Zizie menepati konsep yang diinginkan. Malah, Zizie turut menjadi testimoni terawal yang mencuba produk ini untuk anaknya.

“Sekalipun produk ini menjadikan lima nak Zizie sebagai duta, peranannya sebagai ibu amat besar dan penting sekali gus mempromosi serta memperkenalkan produk kami kepada ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak seperti kami. Dan kami yakin semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak dan sudah pasti IQ Super menjadi pilihan mereka,”- Rebecca, Pengasas Anggun & Anggerik Enterprise.

Harga pasaran IQ Super dijual RM119 untuk sebotol dengan isi kandungan 60 biji tablet. Ia adalah solusi tepat bagi ibu bapa yang ingin melihat anak mereka aktif dan ceria.

IQ Super mengandungi:

  • Susu Kambing
  • Kurma
  • Kismis
  • Walnut
  • Madu

Kelebihan IQ Super:

•Meningkatkan kecerdasan minda
•Meningkatkan selera makan
•Menguatkan sistem imunisasi
•Menjadikan tubuh lebih sihat dan segar
•Membantu membina tulang yang kuat
•Bertindak sebagai penggalak metabolisme
•Membantu meningkatkan imuniti
•Meningkatkan kesihatan otak
•Mengurangkan sembelit
•Membantu pertumbuhan tulang dan gigi
•Membantu dalam membina sistem saraf yang sihat dan responsif
•Membantu melindungi mata daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas
•Membantu perkembangan dan kelakuan aktiviti otak