#Covid19: Tidak Mengira Status, Putera Charles Disahkan Positif Wabak Pandemik Ini

Jika tidak berjaga-jaga, sesiapa sahaja boleh berjangkit dengan virus ini.

Putera Charles, anak sulung dan pewaris kepada Ratu Elizabeth II, telah menunjukkan tanda ringan Covid-19 tetapi “masih kekal dalam keadaan baik,” menurut sumber dari pejabatnya pada hari Rabu bersamaan semalam.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh wakil Clarence House, Putera Wales telah diuji positif Covid-19.

Menurut wakil Clarence House, putera berusia 71 tahun itu bersama isterinya, Duchess Camilla yang disahkan negatif dengan Covid-19, kini telah mengasingkan diri di Scotland.

Tambahnya lagi, Putera Charles telah menunjukkan simptom ringan tetapi sebaliknya masih kekal dalam keadaan sihat dan telah bekerja dari rumah sepanjang beberapa hari yang lalu seperti biasa.

“Selaras dengan nasihat kerajaan dan pakar perubatan, putera dan duchess kini sedang mengasingkan diri di kediaman mereka di Scotland.”- Clarence House.

Pasangan itu diuji oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di Aberdeenshire di timur laut Scotland.

Menurut wakil Clarence House, pihak mereka tidak pasti dari mana putera itu dijangkiti oleh virus tersebut berikutan dengan tugasan awam yang dijalankannya sepanjang beberapa minggu kebelakangan ini.

Ratu Elizabeth II dan suaminya, Prince Philip kini sedang berada di Windsor Castle, di luar London sejak 19 Mac yang lalu.

British mempunyai lebih daripada 8,000 kes yang positif dan 422 pesakit telah meninggal dunia akibat wabak pandemik tersebut.

Sumber Gambar: Instagram Clarence House