Cantik Dan Pintar! Dr Amalina Che Bakri Adalah Wanita Yang Patut Dicontohi

Kenali Dr Amalina Che Bakri

Dr Amalina Che Bakri adalah simbol wanita hebat masa kini. Namanya sudah menjadi perhatian dan bualan di kalangan rakyat Malaysia dan kisahnya membantu seorang kanak-kanak yang menghidap kanser mulut 'Germ Cell Tumor' telah mendapat pujian dan nyata telah menyentuh hati rakyat Malaysia.

Kisah adik Ainul Mardhiah telah mendapat publisiti meluas di laman sosial media dan ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa bayi itu, termasuklah Dr Amalina Che Bakri yang kini bertugas sebagai doktor pelatih surgikal di hospital United Kingdom. Dia bersama dengan sekumpulan pakar pelbagai bidang telah bersedia untuk membantu membuat pembedahan terhadap bayi berusia sembilan bulan itu.

Pembedahan berjalan lancar dan adik Ainul Mardhiah kini sudah boleh bernafas sendiri tanpa bantuan alat pernafasan. Jelita doakan adik Ainul untuk cepat sembuh dan membesar dengan gembira. Oleh itu, Jelita kongsikan beberapa fakta mengenai doktor cantik, Dr Amalina Che Bakri.

https://www.instagram.com/p/ByjvOmOAHG1/

2 of 10

Pendidikan lanjutan Dr Amalina Che Bakri

2005-2007: A- Level di Teh Cheltenham Ladie’s College

2007-2013: Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan di The University of Edinburgh

2009-2010: Ijazah Sarjana Muda (BMedSc) Farmakologi di The University of Edinburgh

2012-2013: Doktor Pelatih bagi program Surgikal Onkologi dan Ginekologi di Harvard Medical School, Harvard University, Amerika Syarikat.

2013-2015: Masters of Philosophy (MPhil) dalam bidang penterjemah perubatan dan terapeutik di University of Cambridge

2017-Kini: mengikuti pengajian doktor falsafah (PHD)

Sumber: Aerillhassan.blogspot.com

2 of 10