Cantik Dan Pintar! Dr Amalina Che Bakri Adalah Wanita Yang Patut Dicontohi

Kenali Dr Amalina Che Bakri

Dr Amalina Che Bakri adalah simbol wanita hebat masa kini. Namanya sudah menjadi perhatian dan bualan di kalangan rakyat Malaysia dan kisahnya membantu seorang kanak-kanak yang menghidap kanser mulut 'Germ Cell Tumor' telah mendapat pujian dan nyata telah menyentuh hati rakyat Malaysia.

Kisah adik Ainul Mardhiah telah mendapat publisiti meluas di laman sosial media dan ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa bayi itu, termasuklah Dr Amalina Che Bakri yang kini bertugas sebagai doktor pelatih surgikal di hospital United Kingdom. Dia bersama dengan sekumpulan pakar pelbagai bidang telah bersedia untuk membantu membuat pembedahan terhadap bayi berusia sembilan bulan itu.

Pembedahan berjalan lancar dan adik Ainul Mardhiah kini sudah boleh bernafas sendiri tanpa bantuan alat pernafasan. Jelita doakan adik Ainul untuk cepat sembuh dan membesar dengan gembira. Oleh itu, Jelita kongsikan beberapa fakta mengenai doktor cantik, Dr Amalina Che Bakri.

https://www.instagram.com/p/ByjvOmOAHG1/

10 of 10

Aktif dalam laman sosial, dia memiliki akaun Instagram yang sudah mencecah hampir 513k dan akaun Twitternya pula sudah mencecah 322k. Memang hebat!

10 of 10