Berkarisma Dan Anggun, Kenali 10 Permaisuri Dari Seluruh Dunia Ini

Merekalah penyeri sebuah negara.

Di sisi setiap Raja pasti akan ada ratunya. Tugas seorang permaisuri adalah menyokong Raja dan kedaulatan negara. Bukan mudah sebenarnya untuk memikul tanggungjawab seberat ini namun 10 wanita ini berjaya membuktikan mereka mampu menjadi permaisuri yang hebat untuk negara mereka.

Mari berkenalan dengan 10 permaisuri berkarisma ini.

1 of 10

 

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Maimunah Iskandariah, Malaysia

Baginda adalah Permaisuri Agong kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16 iaitu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dari Pahang.

Berketurunan daripada kerabat Johor, tuanku adalah puteri ketiga kepada Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail dan Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah dan adinda kepada Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Tunku Azizah dikurniakan empat putera dan lima puteri hasil perkongsian hidupnya dengan Yang di-Pertuan Agong. Baginda juga turut dikenali sebagai permaisuri yang mesra rakyat dan sangat merendah diri. Tidak hanya itu, sejak pertabalannya sebagai Permaisuri Agong, dia turut menjadi ikon fesyen kerana baju kurung unik yang digayakannya.

1 of 10