Bella Astillah Hamil, Akui Sudah Rujuk Semula Dengan Aliff Aziz

Doakan yang terbaik untuk mereka berdua.

Persoalan mengenai status hubungan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah bersama Aliff Aziz akhirnya terjawab apabila dia sendiri mengakui sudah rujuk kembali bersama suami. Pasangan itu rujuk semula ketika dalam tempoh edah tahun lalu.

Lebih mengejutkan, Bella turut akui dirinya kini sedang hamil anak kedua. Berita itu diberitahunya sendiri menerusi komen di Instagram miliknya. Dalam komen tersebut, Bella turut meminta peminat mendoakan kebahagiaan rumah tangga dan anak dalam kandungannya.

Dalam pada itu, ada peminat yang bertanyakan kepadanya adakah Bella tidak serik sekiranya Aliff kembali kepada perangai lamanya. Dan jawabnya adalah dia hanya mampu bertawakal dengan ketentuan Allah S.W.T.

Bella juga dilihat cuba memberi semangat kepada Aliff yang banyak melakukan khilaf sebelum ini menerusi status di laman Twitter miliknya.

Pasangan iniĀ  mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan anak lelaki yang kini berusia tiga tahun.

Namun isu kecurangan yang berlaku telah menyebabkan rumah tangga pasangan ini berakhir dengan penceraian.

Gambar: Instagram